Wednesday, March 9, 2011

Cekodok Nasi

Tak sangka hari ni aku rajin betul ,perasan.......Macam2 dimasak hari ni kerana hari ni aku balik kerja cepat jadi berbagailah dimasak ha..ha.Dekat luar dengar hujan lebat sangat , perut pulak berkeroncong apalagi aku buat cekodok nasi.Tak sangka resepi ni memang sedap lembut dan rasa manis2 sikit walaupun tak bubuh gula.Selalunye asyik buat cekodok tepung aje ,jadi hari ni cube resepi baru


Resepi asal:Mat Gebu
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum -(buat 1 cwn sahaja)
2 cawan nasi(1 cwn sahaja)
2 cawan air ais(1 cwn air suam)
1 biji telur
ikan bilis-diblend
daun sup/daun bawang-ikut suka
1 biji bawang besar di hiris halus-pilihan-
garam dan minyak secukup
Cara-caranya

1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.
3. Perap sebentar adunan....selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok...
4. Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sambal, kari ataupun masak lemak cili api.


Jadi cubelah nanti ye....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...