Wednesday, October 31, 2012

Cendawan Goreng Kesukaan Along






As salam .Apa khabar semua ............harapan semoga hari ini indah dan berjalan lancar setiap apa yang dilakukan.Amin......... .Hari ini diluar hujan sahaja sejuk sampai ke tulang rasanya.As ni kalau sejuk2 begini habislah sakit2 semua dalam tubuh al maklumlah dah tua semua penyakit datang.Hari ni jalan pun " jamed"  semua slow bawak kereta ........berhati2 semasa memandu 

Hari ni apa yang nak dikongsikan adalah cendawan goreng spesial N3 terbaik blog As ni ........sbb Along yang masak iaitu anak perempuanku  yang sulung .Sejak akhir2 ni rajin mencuba resepi mungkin ikut ibunya kut.......he .....he.Resepi ni simple sahaja semua mungkin dah tahu tapi saje je nak share dengan blogger2 ni.

Resepi :noordekitchen.blogspot.com
Bahan2nya

1 paket cendawan
Tepung goreng ayam-jenama tak kisah
2 biji Telur-dipukul sedikit
minyak untuk menggoreng
Sos pencicah

Cara2 nya
1.Cerai2kan cendawan sekira terlalu besar. Cuci dan tos kan
2.Panaskan minyak
3.Letakkan tepung goreng ayam didalam pinggan dan telur yang telah dipukul sedikit tadi.
4.Setelah minyak panas celupkan cendawan didalam telur dahulu kemudian kedalam tepung dan masukkan kedalam minyak yang telah panas
6.Goreng sehingga bewarna kuning.


*Cendawan perlulah dimasukkan kedalam telur dn tepung apabila sahaja hendak menggoreng kerana kalau dibuat dahulu  hasilnya tidak cantik .....


Fresh cendawan dari ladang ......Taklah dari pasaraya aje

Tepung goreng ayam yang ini tak masin.........
Hasil gorengan Fresh dari dalam kualli

Hasil nya...................


Inilah tukang masak yang baru tu .............Along


























Monday, October 29, 2012

Jalan-jalan yang menyejukkan badan


As salam semua.......Masih lagi mood raya ya.Bagi mereka yang baru pulang dari kampung tentu penatkan hari ni untuk mula  bekerja.Kepala ni pun masih lagi terngiang-ngiang dengan bunyi cengkerik dan adanya kokokan ayam bila bangun pagi .Memang kalau berada dikampung mmg tak nak balik lah..........Bestkan....Macamlah As ni balik kampung pulak......... tak lah hanya beraya disini aje.

So apa yang nak dikongsikan ialah semasa Hari Raya yang lalu aku telah ke JJ Bukit Tinggi Klang untuk cuci2 mata kerana entah kenapa cuaca pada hari tu cuaca mmg betul2 panas rasanya kalau ada kolam dah lama As terjun kedalamnya.Untuk menghilangkan rasa panas aku telah keluar untuk berjalan2 bersama famili untuk menyejukkan badan dengan memasukkan diri kedalam JJ tu.Orang ramai macam biasa rupa2nya ramai yang juga tidak pulang kekampung untuk beraya hanya beraya di sini.

Sedang aku berjalan2 aku terpandang kat satu kedai ni yang menjual berbagai assam dan candy.Memang geramlah tengok makanan kat sini yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk .Lepas tu siap boleh rasa lagi .Tapi aku bukan setakat rasa tapi makan sampai kenyang dan kenyang.


Inilah kedainya tengok ramainya orang kat dalamnya.Ia terletak ditingkat satu bersabelahan dengan Jaya jusco.Kedai ini hanya menjual candy dan assan sahaja .Memang seronok sampai rambang mata tak tahu mana satu nak pilih



Assam jambu pedas sangat sedap.....




















Ini pula candy pelbagai warna dan corak

Candy warna warni berbentuk ikan

Ini pula adalah candy berbentuk ulat .Sekali tengok mmg tak lalu nah menjamahnya


Ini semua adalah assam yang telah dikeringkan ada  dijual disini.



Memang seronok kalau datang kat sini .......sbb kenyang makan assam semua ni !!!!!!!!!!!























Friday, October 26, 2012

MALAM RAYA AIDIL ADHA DAN SUASANA DIHARI RAYA ADIL ADHA

Selamat Hari Raya Adil Adha semua.Semalam tak sempat N3 sibuk sangat sbb habis makan2 sampai ketengahari dan petangnya apalagi tidur................

Ni nak cite malam raya yang As beritahu kelmarin tentang takbir raya kerumah-rumah tu ditemani dengan hujan yang lebat ,jadi gambar-gambarnya tak dapat ambil banyak kerana kaum perempuan tak dapat ikut serta yang hanya disambung  oleh kaum lelaki sahaja.Malam tadi memang hujan mencurah-curah kaum perempuan hanya sempat ikut sebuah rumah sahaja.




Di rumah jiran AS-Keluarga Nor&Akibi



Ini dirumah As&Ahmad

Pagi Hari Raya
Sekarang Pula gambar -gambar dipagi raya.Bermula selepas sahaja sembahyang sunat Hari Raya AidilAdha kami akan berkumpul di rumah Keluarga Liza&Zack bagi menjamu selera.Berkumpul lebihkurang 9 pagi dan bertakbir dan makan-makan.











Gambar yang sempat diambil semasa pagi raya tu tak banyak .......sbb sibuk nak makan dan bersembang.




















Thursday, October 25, 2012

MEE GORENG SARAPAN PAGI AJE.........


As salam semua,besok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha.Seronokkkkk...........kan. Malam ni di kawasan runah As akan bertakbir dari kerumah-rumah bagi memeriahkan Hari raya kali ni.Dua tiga tahun yang lepas kami rajin juga meraikan sebegini tapi lately ni sibuk sangat dengan masing 2 punya kerja jadi kurang ambik port . .Nanti As akan masukkan N3 bergambar yang akan berlaku pada malamnya.

Malamnya kami akan membawa makan serba sedikit (potluck)juadah hari raya dari rumah masing-masing untuk makan selepas bertakbir.Sebenarnya sekali -sekala seronok jugakan.Dari pagi lagi As  dah bangun nak pegi kepasar borong untuk membeli ikan konon-kononnya nak masak Nasi Dagang pada esoknya.......... sebagai juadah dipagi raya.Ok tak ?sbb tak balik raya ke Terengganu jadi buat makana ala-ala berada di Terengganu.Ok nanti kita tengok apa yang brlaku esok jadi ke tak ya?????????

 Dan pada esoknya pula kami akan mengadakan makan-makan menyambut hari raya selepas sembahyang sunat hari raya.Bagi mereka yang berpuasa pada hari ini akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda hendaknya.Amiiiiiiiiiiiiiiiin........Rasanya kalau resepi mee goreng tak adelah yang spesiall semua tahu kan.

Tuesday, October 23, 2012

Ayam Masak Merah


Salam semua.Apa khabar hari ni ,semoga hari ni kita telah melakukan pekerjaan kita dengan baik.Insyaaalah.Hari ni banyak sungguh kerja sampai tak sedar hari dah petang .Biasalah bila dah hujung2 tahun semuanya nak dikemaskini supaya segala pencapaian tercapai dengan baik.

Beberapa hari  lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban.Kami sekeluarga hanya beraya disini aje sbb tak sempat nak balik jauhkan..........As tak membuat korban tahun ni ,kalau tahun hadapan dipanjangkan umur insyaallah.Semoga tahun hadapan dimurahkan rezeki oleh tuhan.Amin.......

Memang penat tapi apakan daya kerja rumah tetap diteruskan.Hari nak  kongsikan satu resepi yang telah As masak pada hujung minggu yang lalu untuk dimakan bersama Nasi tomato tapi tak sempat nak snap nasi tomatonya  dah habis, jadi yang sempatnya ayam masak merah sahaja itupun snap masa dalam kuali aje.

Ayam Masak Merah

Sumber:Noordekitchen.blogspot.com

Bahan2
1/2 kilo ayam -dipotong kecil
2 senduk cili mesin  -kalau nak banyak sambalnya boleh bubuh lebih
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
10 ulas bawang merah-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
1 labu bawang besar- dimesin
4 sekawan-agak2 jangan terlebih  sangat 
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
2 ulas bawang besar
2 biji cili merah 
sedikit daunsup dan daun bawang

Cara2nya
1.Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit dangoreng sehigga kekuningan dan angkat.
2.Panaskan minyak ,masukkan empat sekawan ,masukkan bahan  yang dimesin sehingga naik bau ataupun agak kekuningan 
2.Masukkan cili mesin kacau sehingga naik minyak.masukkan gula dan kacau lagi.Masukkan  semua sos iaitu tomato dan cili. 
3.Masukkan garam dan sedikit H20-masakan ini biasanya perlu terasa manisnya baru sedap.
4.Masukkan semua hiasan dan akhir sekali ayam.
5.Hidangkan


Sunday, October 21, 2012

AKOK UNTUK KEMENANGAN KELATE

Salam semua,sini nak cite tentang kemenangan Kelantan semalam .Seronoknya kelate menang . Dirumah ni semuanya menyokong Kelantan kecuali anakku yang Aiman menyokong ATM.Tension juga lah dia , pulak tu kalah .......dia siap nangis lagi kerana kekalahan ATM.Biasalah cewek sikit maklumlah kecik sekali.Tapi setiap perlawanan mestilah ada kalah dan menang kalau tak taklah namanya perlawanan kan .Untuk ATM cuba lagi ditahun hadapan.

Petang semalam sempat juga aku cuba buat akok ni kononya untuk makan-makan semasa menonton bola.Tapi tak sempat bola dah habis licin .Famili kata sedap sangat kuih ni .Resepinya ambik kat blog SINI .Kak Azie ni mmg teror buat kuih-kuih  Kelantan ni....... sedap pulak tu dan resepinya  pulak mmg original.Angah sangat sukakan  kuih ni tak tahu lah kenapa sedap sangat katanya. Kalau di Pasar Karat  Sek 13 mmg aku akan beli RM 10 setiap minggu.Disana ada menjual akok ni sedaplah jugak bolehlah.Tapi yang ini lagi sedap.

Masa aku mengenali kuih ni mmg aku tak suka sebab dahlah nampak tak lawa kerana rupanya tu. Tapi bila dah makan ya ampun sedap giler.........Jadi sesiapa yang sukakan rasanya boleh cuba.
Layan resepinya.

Sunber asal :Azie Kitchen
Kuih Akok

Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur 
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus 


Cara cara:Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 

    rupanya air gula yang telah dimasak

    masa kat dalam oven ya ampun naiknya bila dah keluar kecut


    Friday, October 19, 2012

    GULAI IKAN GANU


    Salam alam maya .lamanya rasa tak ber N3........ Sibuk betul 2 minggu ni  kerana  kesibukan bekerja .Penat rasanya tak tahu nak cite , hampir 2 minggu bekerja tanpa rehat di hujung minggu.OT.........tu kencanglah seminggu lagi.Tapiiiiiiiiii........     rumah macam tongkang pecah kerana nakhodanya asyik bekerja dan anak-anak pula  kesian  tak berapa cukup makan.Kalau tak merekalah  yang paling seronok kerana ada extra makanan yang boleh dimakan serta ibu mereka ade dirumah.

    Hari ini apa yang ingin dikongsikan adalah gulai ikan ganu yang menjadi kesukaan my hubby kerana ia berasal dari Terengganu kite.Gulai ini menggunakan rempah yang dibeli dari Terengganu,rupanya seperti rempah kari tapi bila rasanya  ada sedikit kelainan.Kalau dirumah ni memang sentiasa ada stok rempahnya kerana famili amat menyukainya almaklumlah dah hubby darah daging orang sana .

    Kalau balik kesana mesti aku akan membelinya berbagai rempah macam2 ade di Pasar Payang tu .Rempah ini pula ada banyak kedai  yang menjualnya tapi kena pandai cari yang sedap.Tapi As mmg beli kat satu kedai ni dibahagian bawah pasar dan boleh tahan rasanya.Nanti N3 yang lain As akan tunjukkan kedainya kerana belum lagi berpeluang balik kesana.Mari kita lihat resepinya ,As masak lebih kurang makan untuk sekeluarga.

    Resepi :Noordekitchen.blogspot.com

    Bahan2:

    1 ekor ikan aye/tongkol-sederhana besar dipotong kecil dan dikukus
    5 ulas bawang kecil   -dimesin
    2 ulas bawang putih  -dimesin
    sedikit lengkuas    -dimesin
    sedikit halia     -dimesin
    2 sudu besar cili mesin
    3 sudu rempah gulai ikan
    2 sudu kerisik 
    1/2 keping gula nisan(gula kabung la tu....)
    santan -mengikut kepekatan masing2 .As guna santan RM 2
    garan secukup rasa
    sedikit kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,cengkih(4 sekawan)

    Caranya:
    1. Campurkan semua bahan yang dimesin dalam bekas ,masukkan rempah dan cili mesin
    2.Panaskan minyak ,tumiskan hirisan bwg merah dan putih hingga naik bau.
    3.Masukkkan bahan mesin dan masak sehingga naik bau
    4.Masukkan santan dan ikan beserta kerisik dan gula nisan
    5.Masak sehingga agak pecah minyak.

    Wednesday, October 10, 2012

    Asam Pedas Daging


    Assalamualaikum senua... apa khabar semua?Semuga semuanya aman dan dirahmati allah.......Amin.So hari ni apa yang nak dikongsikan ialah asam pedas daging yang dulunya aku tak suka tapi sejak akhir 2 ni entahlah sedap bebeno rasanyaaaa.Resepinya aku ambik kat blog Che Mat Gebu yang famous tu....Kalau tengok che mat present makanannya ya allah boleh menitik air liur ni.

    Asam pedas daging ni aku masak pada malam minggu yang lalu tapi hari ini baru berkesempatan untuk upload atas kesibukan masa .Minggu ini Sabtu dan Ahad lagilah sibuk dengan dua hari terpaksa bekerja kerana adanya Karnival Jelajah Sihat di Sek 19 ,Shah Alam.Jadi orang2 Shah Alam bolehlah datang ya. Datanglah ya......Ramai2 turun bagi   memeriahkannya.



    Bercerita tentang masakan ni ,asam pedas ni perlulah di masak pekat2 barulah power. Lepas tu bawangnya kenalah banyak barulah kaw.....Masa masak pada malam tu dagingnya agak liat mungkin sbb daging frozen yang digunakan ,walaupun dimasak satu setengah jam masih lagi tak lembut ..Tapi esoknya pula dimasak lagi barulah lembut dan sedap sbb masamnya dah terasa. So layan resepinya......

    Sumber dari: Dapur Tanpa Sempadan

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1 kati @ 600 gram daging, hiris cuci dan toskan (kalau nak cepat guna daging batang pinang)
    2 batang serai, dititik (di mesin aje malas....)
    3/4 camca besar pes asam jawa 
    2 senduk nasi cili kisar (As guna 1 senduk aje)
    Air secukupnya
    Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN TUMIS :-)
    4 biji bawang merah, hiris
    2 ulas bawang putih, hiris
    2 tangkai daun kari, dilurut ( As tak guna pun )
    3/4 camca teh jintan kasar
    3/4 camca teh jintan halus

    BAHAN KISAR HALUS :-)
    6 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    3 biji buah keras (Tak masukan sbb tak ade)
    1/2 inci kunyit hidup
    3/4 inci halia
    1/2 inci lengkuas
    1/2 camca teh lada hitam
    * Tambahan As masukkan daun limau purut ,daun kesom dan bunga kantan barulah kaww...*

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak sekejap. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
    2. Masukkan daging dan daun kesom, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas..


    Monday, October 8, 2012

    KUIH LOMPANG


    Inilah hasilnya setelah hampir 30 kali snap gambar yang sama itupun anakku Along yang bantu.Entahlah tak pandai 2 aku ni untuk cari post yang cantik ,mungkin aku hanya mahir untuk memasak saja kot.Tak ape aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memahirkan diri sebagai photographer ha.....ha.......Tak jadi photographer pun tak ape asalkan minat utama adalah memasak.Sebenarnya aku amat tertarik dengan blog SINI Azlita dari Johor gambar masakannya aduhai.......boleh luruh jantung ku.Tahniah kepada  Ita kerana berhasil menjadi photographer yang terbaik.

    Berbalik kepada kisah kuih lompang yang diatas ni aku anbik resepinya dari blog SINI.Resepi dari kak Azie nimemang sedap 2 belaka .Dah banyak kali resepinya dicuba semuanya menjadi2.Kak Azie disini  As mohon resepi ini dipanjangkan kepada mereka yang belum mencuba ya...Mari kite layan resepinya

    Resepi dari :Azie Kitchen
    Bahan A

    1/2 cawan gula pasir
    1 cawan gula merah
    1 1/2 cawan air
    3 helai daun pandan

    Bahan B
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung ubi
    1/2 cawan tepung beras
    1/2 cawan  isi durian (opsyenal)
    Sedikit garam
    3 sudu besar air kapur
    3 cawan air

    Acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
    Kelapa parut + garam

    Cara-Cara :
    Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

    Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

    Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan). Akhir sekali masukkan isi durian.

    Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

    Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan acuan di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 

    Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.






    Friday, October 5, 2012

    Hitam itu Menawan.........?

    As salam kepada semua .Apa khabar semua  hari ni?Diharapkan segala pekerjaan kita hari ni telah dipermudahkan tuhan dan mendapat keberkatan .....Amin.....Hari ni sbb dah balik kerja pun dah lewat jadi masak je ape yang sempat untuk dimakan bersama keluarga.Aku sampai dirumah lebih kurang pukul 6.30 pm setelah mengambil anak-anak dari sekolah.Sesampai di rumah terus aje kedapur untuk menyediakan makanan makan malam sekadar ala kadar saje.

    Cuma ape yang nak disharekan adalah untuk resepi ini adalah resepi sendiri aku setelah makan di di sebuah pasar malam di Taman Medan.Kue Tiow ini boleh dikatakan sedap sbbb.....kerangnya dimesin halus dan dimasak sebagai rencah utama.Dah lah kerang ni hitam dibubuh pulak kicap jadinya kue tiownya gelap sedikit.Sekiranya anda hendak mencuba janganlah bubuh terlalu banyak kicap .Tapi setelah ny hubby rasa so dia kata sedap kerana berasa kerangnya.Dan suruh aku pack kecil2 untuk dijual kepada peniaga kue tiow.ha .....ha.....
    Boleh ke ???????

    Layan resepinya: Hot cheese

    kue tiow kerang gelap
    Kue Tiow Kerang 
    1 bungkus kue tiow
    1 paket kerang yang telah dikopek(separuh dimesin separuh lagi khas untuk rencah
    cili sos 
    kicap pekat 
    kicap cair
    1 paket rempah nasi goreng(seri aji)
    sedikit sayur 
    cili boh

    Caranya
    Di masak seperti  masak mee goreng cuma masak kerang bersama cili boh sampai agak kering jangan terlalu banyak air semasa nasukkan kue tiow kerana takut lembik pulak.

    Selamat Mecuba!!!!!!!!

    Tuesday, October 2, 2012

    BOLA...BOLA......

    Pada hari Ahad bersamaan 31/9/2012 yang yang lalu ,aku telah melihat satu perlawanan bola di Stadium ,Shah Alam diantara Selangor dan Singapura  bagi Piala Sultan Selangor yang ke 11 bersama keluarga .Ini adalah kali kedua aku menonton perlawanan sebegini tapi kali pertama bagi anak-anakku.Mereka so "excited" al maklumlah tak pernah dibawa kesana.Perlawanan bermula kul 8.00 pm tapi aku dah ada disana sejak kul 6.00 pm kerana anak2ku bising takut tak dapat tempat duduk terutama Aiman yang terlalu obses tentang BOLA..........Bila tiba di  stadium orang telah ramai dan bersesak-sesak susah juga nak dapat tempat duduk.Kemeriahan terus terasa dengan sorak sorai penonton.

    Inilah tiketnya aku dapat free aje......
    Pembukaan perlawanan


    Pertunjukan bunga api



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...