Wednesday, March 9, 2011

1 st time butterprawn

Hari ni first time buat butterprawn yang dari dulu teringin nak wat sendiri.Alhamdulillah jadi cuma flossnya agak berminyak dan tak kering seperti dikedai .Tapi anak2ku cakap ok aje ,habis sepinggan.Lainkali buat lagi karna tak puashati sbb flossnye tak panjang dan kering.Nanti cube lagi......Ikutilah resepinye ..



Resepi asal:jom masak ,jom makan

Bahan-bahannya:
1/2 kg udang .
2 tangkai daun kari
3 tbsp butter+2 cawan minyak masak untuk goreng udang.
1/2 tbsp butter+ 3 tbsp air untuk tumis rencahnya.
2 tbsp butter+1/2 cawan minyak masak untuk goreng telur kuning-egg floss
6 biji cili api-potong kecil.
4 biji kuning telur.-pukul sikit dgn garfu
3- 4 tbsp susu cair.
1 tbsp gula.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:
Panaskan 2 tbsp butter&1/2 cawan minyak masak.Masukkan telur kuning dan kacau hingga garing atau telur bertukar menjadi perang.Toskan minyaknya.Ketepikan.(jgn berhenti kacau semasa menggoreng )
Kemudian panaskan 3 tbsp butter&2 cawan minyak.Goreng udang hingga perang.Angkat dan letakkan atas tissu dapur agar minyaknya kering.
Guna kuali yang bersih. Panaskan 1/2 tbsp butter dan 3 tbsp air.Masukkan cili api dan daun kari.Kemudian masukkan 3-4 tbsp susu cair.Kacau rata.Biarkan mendidi sekejap.
Kemudian masukkan gula dan garam.Last sekali masukkan udang goreng .kacau hingga sekata baru masukkan egg floss.Siap untuk dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...