Friday, December 7, 2012

Nasi Goreng SOTONG My Feveret



As salam nasi goreng sotong ni mmg feveret As.Tak tahulah kenapa asalkan sotong tu .........memang membuka selera je.....Dulu2 masa kecik2 mak buat nasi goreng ikan bilis je campur belacan sedap jugak tapi sekarang ni pulaaaaaak....... sukakan sotong.

Tapi kalu Along dia mmg tak suka kerna dia allegik sikit kat seafood .Kesiankan...Nasi goreng ni aku buat malam tadi sbb dah lama tak buat nasi goreng.Nasi goreng dirumah ni mmg tak bubuh sayur,kalau bubuh sayur anakku yang kecik tu Aiman  nanti tak nak makan pulak.Jadi gonjeng jelah......Tetapi ttp rasanya sedap....


Resepi:noordekitchen
Bahannya
2 cawan nasi 
1 sudu cili 
1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk
1 cawan sotong 
bawang merah dan putih -mesin
2 sudu udang kering-ditumbuk
1 paket perencah nasi goreng
mix vege-tak bubuh pun
cili padi diketuk

Cara2nya
1.Panaskan minyak.Masukkan bawang dan goreng hinggga wangi dan masukkan cili.
2.Bila cili kelihatan kekuningan masukkan udang kering dan sotong.Goreng sampai airnya agak kering
3.Masukkan cili api dan lada hitam dan nasi serta perencah nasi goreng
4.Goreng rata  dan angkat


Thursday, December 6, 2012

Sambal Ikanbilis turun temurun arwah ibu

As salam semua.Ibuku adalah seorang penjual nasilemak dan kuihmuih semasa kami tinggal di Batu 3 Kem,Mentakab Pahang .As tinggal disana selama 11 tahun sebelum berpindah ke Perak.Abah adalah seorang askar berpangkat kopral semasa bekerja .Mak adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa.

Semasa dulu kami tinggal dikuartes askar.Mak akan bangun pagi seawal 3 pagi bagi menyediakan nasi lemak dan kuihmuih untuk dijual.Sementara Abangku akan menaiki basikal membawa nasi lemak untuk dijual di berek2 askar.Sementara aku pula akan membantu tugas2 didapur setiap pagi.Jualan mak memang laris.Mak memang mementing kualiti dan sedap.

Tapi itu semua hanyalah tinggal kenangan kerana abah dan mak dah tiada lagi................

Nanti cite lagi..........Sambal tumis ikan bilis ni mmg sedap kerana ia dimasak sangat lama dengan menggunakan api yang kecil sahaja



Sambal ikan bilis

Resepi:noordekitchen

2 -3 cawan ikan bilis
2 cawan cili boh
7 biji bawang besar -dipotong membulat dan agak nipis
(sebenarnya lagi banyak bawang lagi sedap)
gula merah @gula pasir pun boleh
garam
1 kiub ayam
1 jug air-jangan takut pulak air bubuh banyak dalam masakan ni

Caranya
1.Panaskan minyak .Goreng ikan bilis sehingga kuning.Angkat
2.Gunakan minyak yang sama ,masukkan ciliboh atau cili yang dimesin sendiri ,masak sehingga benar-benar garing cilinya.
3.Masukkan ikan bilis dan bawang .Goreng dengan cili sehingga layu(10 minit)
4. Masukkan air dan masak dengan api yang kecil sehingga bawang tadi hancur dan seolah2 menjadi sambal dengan sebatinya
5.Selalunya kalau masak biasanya ambil masa 1-2 jam lamanya.
6.Masukkan garam jangan banyak sbb tadi dah guna minyak ikan bilis takut masin pulak
7.Masukkan gula dan kiub ayam.
8.Apabila dah agak pekat kacau sambil menekan-nekan dengan sudip bawang supaya hancur sebati.Bila minyak sedikit kelihatan dan pekat bolehlah angkat.

Monday, December 3, 2012

Ayam Grilled Rosemary Kesukaan My Hubby

Selamat petang .Imi adalah rosemary chicken grilled yamg memang menjadi makanan kesukaan dirumah terutama my hubby. My hubby ni kalau pasal meratah-ratah ni memang dia suka.Kalau dirumah As kalau buat ayam begini tiadalah nasi hanya ayam ni saja ala-ala barbecue sbb kalau ada makanan lain nanti tak makan lah ayam .Membazir la pulak......

Ayam ni mmg sedap .........kalau biasanya kita lihat ayam pusing yang dijual ditepi jalan tu dengan kotor  dan lagi terdedah dengan habuk2 jalan mamang tak lalukan untuk dimakan .Jadi daripada beli macam tu baiklah buat sendiri murahdan puas bila memakannya.

Sebelum ni As tak pernah bakar ayam dengan daun rosemary ......kalau perap pun biasa2 aje tapi rasanya mmg sedap dan lain apabila guna daun rosemary ni jadi cubalah ya.....
.


Resapi asal:Tertunailah hasrat dihatiSINI

Bahan-bahannya

1 ekor ayam sederhana-potong 12-As potong 4 saja
1/2  biji lemon-ambil jus sahaja
3 sudu makan rosemary-As guna rosemary kering
3 ulas bawang putih-mesin
sedikit halia-mesin
3-4 sudu makan madu
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong hiris nipis
1 biji tomato - potong bulat
bawang, dipotong bulat
As guna kicap cair dan pekat
lada hitam
gula

Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak 

zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.

2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau 

perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi 

serap segala rempah.As perap 1 jam-mmg delicious....

3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.


4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
*Note:Yang merah tu As tambah sendiri.kalau nak bakar lebih baik ditutup dengan aluninium foil terlebih dahulu supaya tidak terlalu kering bila ianya masak.....



Sunday, December 2, 2012

Tomyam Campur




Tom Yam
Resepi :noordekitchen.blogspot
Bahan2nya:
2 ketul Ayam -potong
5 ekor Udang 
2 ekor sotong dipotong kecil
bawang merah-mesin
bawang putih-mesin
halia -ketuk
lengkuas -diketuk
3 sudu pes tomyam
5 batang serai 
5 helai daun limau purut
cili padi-ikut pedas
Perahan Assam limau
kiub ayam

hiasan
karot
bawang besar
cendawan

Cara2nya
1.Panaskan sedikit minyak-sikit aje
2.Masukkan bawang yang telah dimesin-goereng dengan sedikit kekuningan .
3.Masukkan lengkuas dan halia dan pes tomyam
4.Masukan bahan rencah ayam.udang dan sotong dan kiub ayam
5.Masukkan air.Biarkan menggelegak dan masak.
6.Masukkan daun limau,perahan asam limau,cili padi dan serai
7.Masukkan bahan hiasan.
8.hidangkan semasa panas2





Kek Gula Hangus Yang Sangat Sedap

As salam.Memang penat sungguh bila nak bangun pagi hari ni, habis sakit2 semua badan 2 ni.Di luar pun cuaca sangat sejuk apalagi tarik selimut tebal sampai kepala la jawapnya.Memang semalam penat sangat sbb As menemani anak-anak yang ada perlawanan bola diantara PNSB FC Vs INDONESIA FC kid .Kalau dengar mmg rasa tak percaya tapi ia dalah kenyataan.Perlawanan persahabatan semalam adalah sebagai pengalaman mereka belajar sambil bermain.

Player kids dari Indonesia yang datang semalam sangat cekap dan well trained oleh coach mereka tapi PNSB player juga tidak kurang hebatnya.Bagi bawah 12 tahun PNSB telah kalah 5-3 kepada Indonesia,bawah 14 tahun kita menang 1-0.Yang lain As tak ingat.....

Memang penat kalau nak ditunggu sampai petang la jawabnya,habis saja perlawanan anak-anak As ,As terus balik.

Hari ni apa yang nak As   kongsikan dengan bloger semua ialah kek yang As buat pada Jumaat lepas dan baru berkesempatan mengN3kannya.Resepi ni  As dapat dari kawan lama yang cukup senior mungkin tak lama lagi dia dah nak pencen dah kut....Resepinya mmg sedap dan sangat senang untuk dibuat.


Kek Gula Hangus
Resepinya:noordekitchen.blogspot.com

Bahan2nya;
10 biji telur-As pakai 8 biji gred A
2 cawan gula
2 cawan air
2 cawan tepung gandum(ayak bersama sodium bikarbonat)
2 sudu sodium bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
1/2 butter
1sudu teh essen ros-As guna essen  vanilla je


Cara2nya
1.Masak gula biar sampai kuning dan masukkan air dan biar gula senati dalam air
2.Dalam bekas lain ,kacau butter dengan susu hingga sebati
3.Masukkan telur sebiji-biji dan kacau sebati-guna whisk lagi senang
4.Masukkan essen ros 
5.masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga habis dan sebati
6.Akhir sekali masukkan air gula perlahan sehingga sebati
7.Bakar-oven mesti panas sebelum adunan dimasukkan.




Selamat mencuba!!!!

Cuti-cuti Malaysia-Damai Laut Part 2


As salam semua .Apa khabar semua.Blogger semua masak apa tu?Hari ni As nak sambung balik cuti-cuti Malaysia part 2.Hari ni cerita hari ke 2 As di sana.Pada hari ni As makan pagi dihotel sahaja.Pagi2 lagi As digerakkan oleh my hubby untuk bangun sembahyang dan bersarapan.Pagi 7.30 aku adalah orang ke 2 awal untuk bersarapan.Sarapan disini tak adalah membanggakan sangat biasa2 saje.



Inilah sarapan yang pertama diambil oleh anakku.

Inilah suasana didalam tempat makan disini .Rata 2 yang datang adalah orang melayu yang mengambil kesempatan datang kesini pada cuti sekolah.Pada awal pagi tu tak adalah ramai sangat yang datang tapi bila jam hampir 9 pagi , penuh tempat ni.




Inilah kawasan pantai kepunyaan hotel ni. Memang bersih dan terjaga cuma untuk ke pantai As terpaksa menuruni anak tangga yang tinggi  untuk sampai kebawah.Bercinta betul.......Ombak pun taklah kuat memang sedap untuk mandi tapi As tak mandi pun malas nak tukar baju

Gambar yang diambil semasa nak pulang dah.......




Gambar diatas sewaktu As singgah makan dibandar Lumut.Memang banyak sungguh durian yang dijual disini.Apalagi kemaruklah nak makan durian.As satu famili semuanya makan durian so tak jadi lah masalah.Kebetulan sms beli tu durian ni baru saja dikeluarkan dari bonet van ni apalagirambang mata lah jawabnya.Siap bawa balik lagi habis busuk satu kereta tapi sbb makan punya pasal tak kiralah...






Ini pula tempat persinggahan ke 2 As iaitu ditepi sawah.Tempat ni dipilih oleh Along yang sibuk nak ambil gambar pemandangan ditepi sawah al-ala 'NUR KASIH'.Memang cantik pemandangan kat sini tenang  dan mendamaikan.

Tuesday, November 27, 2012

2 nd trial buat cheese tart




Assalam semua ......Jangan terkejut pulak ape ke bende buruk bebeno ni........Ini adalah cheese tart  versi As.....ha....ha.....sbb As yang buatkan.Bukan ape kawan2 blogger semua..........sbb  banyak mistake pada cheese tart ni kerana tak dapat didikan yang sepatutnya  dari chef cuma belajar2   dari internet aje.

Masa mula 2 nak buat design atau bunga diatasnya ya ampunnnnn   tak jadi aaje tapi bila tinggal 2 ketul baru lah dapat tekniknya....Akhirnya terpandailah juga.Apa yang As belajar adalah kulit tart ni terlampau tebal jadi kurang rangup dan lagi satu oven pulak lupa nak buka kipasnya supaya kulit nya lebih ringan dan kering.Masa mula2 buat ,teksturnya terlalu raspuh jadi 2nd time buat ditebalkan sedikit tapi terlalu tebal   .

Oleh kerana ,masaalah dikenalpasti insyaalah As akan cuba buat lagi sampai jadi elok Chayooooooooooook.........


So kawan2 lihat kulit tart  dibahagian tengah ni kurang kering dan terlalu tebal....

Sunday, November 25, 2012

Cuti-cuti Malaysia-Damai Laut ,Lumut-Part 1

As salam ,hari As nak N3 cuti2 malaysia As  ke Lumut minggu yang sudah ,kerana tak berkesempatan nak up load jadi malan ini baru dapat di paparkan .Tempat ini seronok kerana ia amat sunyi , tenang dan mendamaikan kerana lokasinya jauh kedalam dari jalanraya besar .Memang tak ade bunyi 2 yang bising .Kalau mmg nak merehat-rehatkan diri mmg amat sesuai
sekali.

Kami menginap disini selama 3 hari 2 malam melayan perasaan.......ha.....ha....Anak-anak amat seronok sbb boleh mandi dan berenang.Anak2 As ni semua boleh berenang jadi kalau dapat kolam merekalah yang empunya.Disini ada juga menyediakan indoor game jadi kalu tak masuk kolam boleh la bermain permainan2  yang di sediakan..

Tak ade banyak nak diceritakan cuma layanlah gambar dibawah

Along dan Angah yang sampai2 tak sabar nak bergambar......layan...


Ini annakku yang bongsu....Aiman  yang manja dan amat obses tentang bola sepak....



Inilah pula lokasi bilik air nya......
Inilah bilik yang telah aku tempah bersih
Hero-hero idaman Melaya..........










Imi pula kami nak pegi makan malam .Tak tahu kat mana lagi sbb tempat ni  mmg jauh dari kedai.Jadi kalu datang kesini bawalah makanan dan maggi untuk bekalan kalau malas nak keluar.
Inilah juadah malam yang telah kami order .Nak cari kedai ni pun......... ya ampun jauh hanya kedai ni je yang kami jumpa.Malam tu As  pergi ke Teluk Senangin nama tempatnya.Yang diorder ialah Nasi goreng sotong dan telur dadar.Boleh la.............daripada lapar




Jadi sbb lapar habis licin juga.......

Friday, November 23, 2012

Sardine Puff

 Inilah masakan yang dibuat selepas balik dari kerja semalam.As ambik resepinya dari blog kak Yatie dan mohon As C&P untuk disharekan dengan blogger yang lain.Ini adalah cubaan kali kedua As buat puff ni mmg masakan senang,simple dan cepat  sbb ia menggunakan pastri yang dah siap diadun hanya tinggal bubuh intinya sahaja.Rasa nya pula seperti kita beli dikedai2 kek tau .So bila dah pandai tak payah beli buat aje,lagi pun jimat.

Masa mula-mula buat dulu takut sangat tak jadi sbb betul ke nanti akan naik  bersarang seperti yang kita beli dikedai tu .Tapi bila dah buat mmg jadi.......Puff Pastry ni jenama kawan ni mmg banyak dijual dipasaraya2.As beli di Econsave aje dekat rumah As.Bagi mereka yang suka makannya boleh la cuba buat ya.........




Resepi Asal :Dapur Tanpa Sempadan
C&P : yatiememories.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
  • 1 tin kecil sardine
  • 2 ketul kentang * As tambah
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 cm halia, dicincang
  • 2 biji cili padi, hiris halus
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 cawan mix vege
  • 1 kuning telur, untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi-saya belah 2 je. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang.... 








Nasi Ayam Ringkas


 As Salam.Apa khabar semua.Dah lama tak berN3 rindu la pulak.......Bila datang kemalasan ni mmg la macam ni tapi bila rajin ,rajin la pulak.Sebenarnya As baru balik cuti2 malaysia jadi letihnya tak habis lagi ni, N3 pegi kecuti cuti malaysia tu pun tak berkesempatan untuk masuk lagi. 

So hari ni nak tunjukkan apa yang dimasak hanya ringkas2 aje cuma Nasi Ayam aje.Memang sesekali kalau dah malas menu ini yang paling sesuai sekali lagi satu kalau ada tetamu yang datang ini adalah yang senang sekali kan.




Nasi Ayam Ringkas

A/1ekor ayam - belah 4 sahaja dan tanpa buang kulit


Caranya:

1.Bersihkan.Rebus ayam sehingga masak

2.Ketepikan dan ditoskan

3.Air rebusan ayam dijadiakn sup dan untuk memasak nasi nanti ya.


B/Bahan untuk sup

4 biji bawang merah -dimesin

3 ulas bawang putih - dimesin

sedikit halia

1 kiub ayam

1 sup bunjut

Air rebusan ayam yang secukupnya

garam


Caranya

1.Panaskan minyak .Masukkkan sup bunjut.Selepas itu masukkan bawang yang telah dimesin dan juga halia.

2.Bila wangi masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam dan sedikit garam.

3.Bila mengelegak masukkan daun sup dan bawang goreng



Air rebusan ayam  yang telah siap ditumis bersama dengan nasi
C/Bahan untuk nasi
2 cawan beras basmathi-rendam 30 minit dan toskan (beras biasa pun boleh)
3 cawan air rebusan ayammarjerin/minyak/mentegasedikit garam
1 biji bawang putih )di hiris halus
3 biji bawang kecil )
1 inci halia )
 3 helai daun pandan-di siat dan di ikat-untuk wangi
2 kiub ayam 

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang dan halia yang telah dihiris dengan margerin. .
3. Masukkan beras, daun pandan  dan air rebusan ayam dan kiub ayam  tadi. Masak macam nasi biasa.
4. Masukkan juga sedikit garam dan kacau sekali sekala
5. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau dengan menggunakan senduk kayu sacara perlahan2..baru nasi nampak lawa tak patah.


D/Bahan untuk perap ayam
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam dalam 30 minit
2. Goreng sekejap dan toskan dan bolehlah di hidangkan. 


Selepas dimesin kelihatan berbuih, tapi tak pe bila dah kita masukkan cili mesin dam masak sekejap nanti warnanya akan cantik
Sos cili yang telah siap di masak


E/Untuk Sos
1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. cili mesin
4. gula
5. cuka/jus limau

 Cara 
1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan cili mesin  dan gula dan cuka
3. Kalau rasa ni mestilah agak manis sedikit baru rasa sedap.Cili mesin berperanan memerahkan warna sos cili supaya nampak cantik.


F/Kuah kicap 
1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara 

Campurkan semua. Agak-agak kepada kepekatan yang di kehendaki.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...