Tuesday, November 27, 2012

2 nd trial buat cheese tart




Assalam semua ......Jangan terkejut pulak ape ke bende buruk bebeno ni........Ini adalah cheese tart  versi As.....ha....ha.....sbb As yang buatkan.Bukan ape kawan2 blogger semua..........sbb  banyak mistake pada cheese tart ni kerana tak dapat didikan yang sepatutnya  dari chef cuma belajar2   dari internet aje.

Masa mula 2 nak buat design atau bunga diatasnya ya ampunnnnn   tak jadi aaje tapi bila tinggal 2 ketul baru lah dapat tekniknya....Akhirnya terpandailah juga.Apa yang As belajar adalah kulit tart ni terlampau tebal jadi kurang rangup dan lagi satu oven pulak lupa nak buka kipasnya supaya kulit nya lebih ringan dan kering.Masa mula2 buat ,teksturnya terlalu raspuh jadi 2nd time buat ditebalkan sedikit tapi terlalu tebal   .

Oleh kerana ,masaalah dikenalpasti insyaalah As akan cuba buat lagi sampai jadi elok Chayooooooooooook.........


So kawan2 lihat kulit tart  dibahagian tengah ni kurang kering dan terlalu tebal....

Sunday, November 25, 2012

Cuti-cuti Malaysia-Damai Laut ,Lumut-Part 1

As salam ,hari As nak N3 cuti2 malaysia As  ke Lumut minggu yang sudah ,kerana tak berkesempatan nak up load jadi malan ini baru dapat di paparkan .Tempat ini seronok kerana ia amat sunyi , tenang dan mendamaikan kerana lokasinya jauh kedalam dari jalanraya besar .Memang tak ade bunyi 2 yang bising .Kalau mmg nak merehat-rehatkan diri mmg amat sesuai
sekali.

Kami menginap disini selama 3 hari 2 malam melayan perasaan.......ha.....ha....Anak-anak amat seronok sbb boleh mandi dan berenang.Anak2 As ni semua boleh berenang jadi kalau dapat kolam merekalah yang empunya.Disini ada juga menyediakan indoor game jadi kalu tak masuk kolam boleh la bermain permainan2  yang di sediakan..

Tak ade banyak nak diceritakan cuma layanlah gambar dibawah

Along dan Angah yang sampai2 tak sabar nak bergambar......layan...


Ini annakku yang bongsu....Aiman  yang manja dan amat obses tentang bola sepak....



Inilah pula lokasi bilik air nya......
Inilah bilik yang telah aku tempah bersih
Hero-hero idaman Melaya..........










Imi pula kami nak pegi makan malam .Tak tahu kat mana lagi sbb tempat ni  mmg jauh dari kedai.Jadi kalu datang kesini bawalah makanan dan maggi untuk bekalan kalau malas nak keluar.
Inilah juadah malam yang telah kami order .Nak cari kedai ni pun......... ya ampun jauh hanya kedai ni je yang kami jumpa.Malam tu As  pergi ke Teluk Senangin nama tempatnya.Yang diorder ialah Nasi goreng sotong dan telur dadar.Boleh la.............daripada lapar




Jadi sbb lapar habis licin juga.......

Friday, November 23, 2012

Sardine Puff

 Inilah masakan yang dibuat selepas balik dari kerja semalam.As ambik resepinya dari blog kak Yatie dan mohon As C&P untuk disharekan dengan blogger yang lain.Ini adalah cubaan kali kedua As buat puff ni mmg masakan senang,simple dan cepat  sbb ia menggunakan pastri yang dah siap diadun hanya tinggal bubuh intinya sahaja.Rasa nya pula seperti kita beli dikedai2 kek tau .So bila dah pandai tak payah beli buat aje,lagi pun jimat.

Masa mula-mula buat dulu takut sangat tak jadi sbb betul ke nanti akan naik  bersarang seperti yang kita beli dikedai tu .Tapi bila dah buat mmg jadi.......Puff Pastry ni jenama kawan ni mmg banyak dijual dipasaraya2.As beli di Econsave aje dekat rumah As.Bagi mereka yang suka makannya boleh la cuba buat ya.........




Resepi Asal :Dapur Tanpa Sempadan
C&P : yatiememories.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
  • 1 tin kecil sardine
  • 2 ketul kentang * As tambah
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 cm halia, dicincang
  • 2 biji cili padi, hiris halus
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 cawan mix vege
  • 1 kuning telur, untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi-saya belah 2 je. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang.... 








Nasi Ayam Ringkas


 As Salam.Apa khabar semua.Dah lama tak berN3 rindu la pulak.......Bila datang kemalasan ni mmg la macam ni tapi bila rajin ,rajin la pulak.Sebenarnya As baru balik cuti2 malaysia jadi letihnya tak habis lagi ni, N3 pegi kecuti cuti malaysia tu pun tak berkesempatan untuk masuk lagi. 

So hari ni nak tunjukkan apa yang dimasak hanya ringkas2 aje cuma Nasi Ayam aje.Memang sesekali kalau dah malas menu ini yang paling sesuai sekali lagi satu kalau ada tetamu yang datang ini adalah yang senang sekali kan.




Nasi Ayam Ringkas

A/1ekor ayam - belah 4 sahaja dan tanpa buang kulit


Caranya:

1.Bersihkan.Rebus ayam sehingga masak

2.Ketepikan dan ditoskan

3.Air rebusan ayam dijadiakn sup dan untuk memasak nasi nanti ya.


B/Bahan untuk sup

4 biji bawang merah -dimesin

3 ulas bawang putih - dimesin

sedikit halia

1 kiub ayam

1 sup bunjut

Air rebusan ayam yang secukupnya

garam


Caranya

1.Panaskan minyak .Masukkkan sup bunjut.Selepas itu masukkan bawang yang telah dimesin dan juga halia.

2.Bila wangi masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam dan sedikit garam.

3.Bila mengelegak masukkan daun sup dan bawang goreng



Air rebusan ayam  yang telah siap ditumis bersama dengan nasi
C/Bahan untuk nasi
2 cawan beras basmathi-rendam 30 minit dan toskan (beras biasa pun boleh)
3 cawan air rebusan ayammarjerin/minyak/mentegasedikit garam
1 biji bawang putih )di hiris halus
3 biji bawang kecil )
1 inci halia )
 3 helai daun pandan-di siat dan di ikat-untuk wangi
2 kiub ayam 

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang dan halia yang telah dihiris dengan margerin. .
3. Masukkan beras, daun pandan  dan air rebusan ayam dan kiub ayam  tadi. Masak macam nasi biasa.
4. Masukkan juga sedikit garam dan kacau sekali sekala
5. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau dengan menggunakan senduk kayu sacara perlahan2..baru nasi nampak lawa tak patah.


D/Bahan untuk perap ayam
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam dalam 30 minit
2. Goreng sekejap dan toskan dan bolehlah di hidangkan. 


Selepas dimesin kelihatan berbuih, tapi tak pe bila dah kita masukkan cili mesin dam masak sekejap nanti warnanya akan cantik
Sos cili yang telah siap di masak


E/Untuk Sos
1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. cili mesin
4. gula
5. cuka/jus limau

 Cara 
1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan cili mesin  dan gula dan cuka
3. Kalau rasa ni mestilah agak manis sedikit baru rasa sedap.Cili mesin berperanan memerahkan warna sos cili supaya nampak cantik.


F/Kuah kicap 
1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara 

Campurkan semua. Agak-agak kepada kepekatan yang di kehendaki.







Friday, November 16, 2012

Lempeng Kelapa Cicah Kari Ayam


Hari kat luar ni redup aje ..............Basuh kain pun tak kering2  lembap aje itulah menandakan  bila dah hujung tahun masuk musim tengkujuh.So kalau dikampung ni......... waktu2  sebegini masak lempeng memang sedap kalau dimakan bersama sambal udang kering yang dimasak bersama cili padi .Pergh..........terangkat pedasnya.Sebenarnya ini adalah masakan kegemaran arwah abahku.Dia mmg sukakan yang pedas2.Kalau ada lebihan sambal sebegini  jawab nya minum petang disuruhnya buatkan lempeng.

Memang sedap sesekali kalau makan lempeng.Ditempat kerja ada seorang akak ni menjual nasilemak dan ada juga lempeng.Lempeng ni pula dimakan dengan sambal daging hijau mmg sedap.Tapi  menu hari ni adalah kari ayam dimakan bersama dengan lempeng. Cicah dengan kari ayan pun sedap juga ala2 roti paratha.



Lempeng Kelapa

Resepinya:noordekitchen.blogspot.com
Bahan2nya
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam
Air secukupnya-adunannya mesti pekat

Caranya
1.Campurkan semua adunan kedalam bekas.
2.Kacau sedikit2 bersama dengan air.
3.Adunan mesti likat dan agak pekat.








Sup Tulang yang Sedap



As salam semua.Hari ni satu hari lagi dah nak bercuti lagi tapi  aku terpaksa keje pulak .Malas nak sambung sbb masa rehat hari Jumaat panjang.Malas la nak cuti..........So semalam aku masak yang dah lama aku tak masak iaitu sup tulang .Bila jalan -jalan di blog kak Azie tu teringin pulak la nak makan nampak berselera  aje .So menu semalam masaklah sup tulang satu periuk besar dan makan sampai kenyang.Ambik............

Tulang daging ni pulak dicicah pulak dengan kicap yang dicampur dengan cili dan bawang huh........terangkat.

Resepi asal :noordekitchen.blogspot.com

Sup Tulang
Bahan2nya:
1 kilo tulang
1 paket sup bunjut adabi (untuk tulang)
5 ulas bawang kecil-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
7 biji cili padi(di tumbuk sedikit)
Halia mengikut keperluan -diketuk
garam
gula
lada hitam (mengikut rasa)
Ubi kentang

Hiasan
Bawang goreng
daun sup dan daun bawang
daun saderi bawang besar

Cara -cara
1.Panaskan minyak -jangan banyak sangat
2.Masukkan sup bunjut-biar sampai wangi
3.Masukkan bahan yang dimesin dan halia-biar kekuningan
4.Masukkan tulang dan air secukupnya-jangan masukkan air banyak sangat nanti kuahnya cair
5.Masak sehingga empuk-As tak ade pressure cooker ,jadi masak 1 1/2 jam sampai daging nya betul2 lembut.
6.Bila agak masak masukkan ubi kentang dan cili padi dan bahan perasa yang lain
7.Dah masak masukkan daun sup dan bawang goreng ..Hidang kan.



Sambal Kicap penambah selera.............
Sambal Kicap

Bawang  besar
Kicap masin dan manis
culi padi
Perahan limau nipis
*Gaul semua dan tekan sedikit cili padi semasa menggaul rata
.

Thursday, November 15, 2012

Air Nenas Je.......

Salam semua .As nak share yang baru As masak ni.........iaitu Air Nenas yang dimasak sendiri..........Kalau dekat area rumah As ni bersepah 2 kalau nak cari nenas banyak sangat ,nak rajin dengan malas aje.Macam2 jenis nenas ade nanti lain kali As akan masukkan jenis2 nenas yang ade ya.Sedapnya air nenas ni.........sedap rasanya kalau dimasak bersama daun pandan.

Air simple aje boleh diminum bila2 masa tak kira masa.

Air Nenas
Resepi asal:noordekitchen.blogspot.com
1 biji nenas -dipotong kecil
5 cawan Air
3 senduk gula
daun pandan
Cara2
1.Basuh nenas yang telah dikupas dandipotong kecil
2.Masukkan semua kedalam periuk dan masak sehingga wangi baunya
3.Boleh dihidangkan suam dan sejuk.


Wednesday, November 14, 2012

Marble Kek Yang Sedap dan Lembut


Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam.Semoga pada tahun baru ini ,segala urusan kita dipermudahkan oleh tuhan Amin...........Hari ini kita bercuti sempena Maal Hijrah.Pagi tadi disini hujan lebat turun masa tu As dah bangun dan mandi kalau ada kat katil apalagi terus tarik selimut peluk bantal la jawabnya .


Anak2 masih belum bangun sbb malam tadi dok syok tengok "Kuch kuch Ho Ta He", aku tv yang tengok As.Pagi ni hanya buat nasi goreng aje sbb nasi semalam banyak tak dimakan  sayang pulak kalu nak dibuang.

Hari ni apa nak dikongsi adalah kek marble yang sangat lembut .Resepinya As c&p dari blog kak Azie yang sangat rajin kedapur tu  SINI.Memang Kak Azie komen kek ni memang lembut dan amat sedap.Memang berbaloi-baloi mencubanya amat sedap dan gebuuuuu.



Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak *As guna coklat emulco

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega



*Lorekkan marble ni tak kena cara apa ni duk kat tengah je.....?He.......He.....





Tuesday, November 13, 2012

Kebun Mini

As salam .Happy Deepavali kepada semua mereka yang berugama Hindu.Hari ni bercuti lagi , cuti kali ni berselang hari jadi letih le sikit .So pagi lagi aku telah bangun menghantar anak-anakku bermain bola di Shah Alam dan satu lagi di Kota.Memang penat baru balik pegi pulak ke Setapak menghadiri jemputan kahwin kawan lama my hubby.So balik dalam pukul 5 petang ,terus masuk dapur sbb kawan Si Along pulak datang dan bermalam dirumah jadi terpaksalah masak dulu apa yang patut Aduh.......habis rasa lenguh2 badan ni penatnya.

So hari ni nak cerita pasal kebun aje .....ape yang ditanam



Daunnya sikit pun tak ade dimakan ulat.As tak ade pulak bubuh ubat pada pokok ni...


Ini adalah pokok limau kasturi yang asyik berbuah........buahnya asyik silih berganti  so far daunnya taklah pulak dimakan ulat berbanding dengan pokok limau biasa yang mana ulat suka makan daunnya.Buahnya tak ade lah banyak bolehlah untuk sesak2 kegunaan dapur emergency.



Ini pula pokok daun limau purut yang dah lama dibela.Tapi buah limau purutnya jarang sekali berbuah cuma mabuk daun aje.Masa mula2 .......masa kecik kerap diserang ulat hijau tu tapi bila dah besar ulat2 tu tak pulak menyerang agaknya pokok dah tua  tak hingin.........he....he....




Pokok kunyit ni sedih betul kuning aje daun nya entah lah kenape. nak pupus dah kut.Selalunya geram tengok yang kuning2 tu As gunting aje ni masih boleh sabar..............tunggu.....







Monday, November 12, 2012

Masak lemak Nenas Ngan Udang


As salam semua.Hari ini aku cuti.......merehatkan minda dan badan.Tapi bukannya cuti kerja rumah ......kerja rumah ttp berjalan seperti biasa.Dah lama As tak makan masak lemak nenas teringin nya dari minggu lepas  nak masak tapi tak dapat....yang ada nenas yang muda .Kalau masak lemak ni perlukan nenas yang sedikit sahaja masaknya kerana biarlah rasa manis sedikit kuah barulah ummph.......So cari punya cari sampai ke kampung lain  barulah dapat nenas yang dikehendaki.

Cadangnya nak masak lemak dengan ikan masin tapi ikan masin yang ada hanyalah untuk digoreng sahaja ,ngan udang pun sedap tak terkata.Tapi kalau dapat ikan masin boleh sedut2 tulang nya.he.....he......

ResepiNya: noordekitchen.blogspot .com.my

Bahan
Nenas-dipotong ikut suka
Santan -1 paket kecil RM 2.00(biasanya disini)
6 biji cili api  -ditumbuk
4 biji bawang kecil -ditumbuk
serbuk kunyit - As guna kunyit hidup
Garam dan gula - secukup rasa
10 ekor udang

Cara2nya:
1.Masukkan nenes dalam periuk 
2.Masukkan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk
3.Letakkan diatas api sambil dikacau perlahan bila menggelegak masukkan udang.Kacau lagi sehingga masak.

* As ni kalau masak main campak 2 aje tak berapa reti nak pakai sukatan .Tapi kalu kek atau biskut As ikut sukatan.


Kalau pakai kunyit hidup warna nya terang 




Selamat mecuba ya....















Friday, November 9, 2012

Banjir kau datang..............hu...hu....


Pada minggu lepas aku telah makan angin ya ke.........macam silap aje ..........bukan jalan-jalan petang ke Morib dan seterusnya ke Bagan lalang untuk dinner sekeluarga.Sebenarnya takut nak gi  ....... takut tersekat dalam banjir tapi my hubby laling ni sibuk nak gi malawat banjir kononnya ...........ala-ala  YB lak pulak.


Semasa dalam  perjalanan dari rumah melalui jalan belakang nak ke Banting tetapi melalui Teluk Panglima Garang aku telah merasakan bibit2 banjir yang mana ada jalan yang tidak dibenarkan masuk dan perlu melalui jalan kampung .So masani aku dapat melihat banyak rumah2 telah ditelengami  air.Tidak kurang juga ada yang seronok main air.Kesian tengok rumah 2 yang dimasuki air penatlah nanti apabila surut air kan ............Sabar banyak 2.
Tengok banjirnya hampir sampai kelutut
Disebalik pokok kelapa sawit...........
Lorong  untuk masuk kerumah juga banjir
Kesian kan .......mmg dah masuk kedalam rumah .Sabar ya.....
Seterusya  perjalanan diteruskan lagi terus ke pantai MOrib dan Bagan Lalang .Sebanarnya datang kat sini  saje  je untuk makan2 ditepi laut .Gambar tak dapat ambik banyak2



Pemandangan dibelakang tu adalah resort yang dibuat ditengah laut.Nama resort ni adalah Palm Tree Resort.Tapi kalau  hujan2 ni nak tido kat sini takut..........kalau ada tsunami......he.he......



Restoran ni terletak dihujung jalan aku pun kurang pasti apa nama jalannya tapi apa yang pasti restoran ni berdepan dengan pasar yang menjual ikan 2 segar dan menghadap laut.


Pemandangan belakang restoran ni  menghadap laut.Masa kami sampai tu hujan turun dengan lebat sekali.Pakat-pakat berpayung la customer2 yang  datang .Restoran seafood ni telah lama beroperasisemenjak bapa mereka masih ada lagi.


Tengok habis licin semuanya  lapar ni.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...