Sunday, December 2, 2012

Cuti-cuti Malaysia-Damai Laut Part 2


As salam semua .Apa khabar semua.Blogger semua masak apa tu?Hari ni As nak sambung balik cuti-cuti Malaysia part 2.Hari ni cerita hari ke 2 As di sana.Pada hari ni As makan pagi dihotel sahaja.Pagi2 lagi As digerakkan oleh my hubby untuk bangun sembahyang dan bersarapan.Pagi 7.30 aku adalah orang ke 2 awal untuk bersarapan.Sarapan disini tak adalah membanggakan sangat biasa2 saje.



Inilah sarapan yang pertama diambil oleh anakku.

Inilah suasana didalam tempat makan disini .Rata 2 yang datang adalah orang melayu yang mengambil kesempatan datang kesini pada cuti sekolah.Pada awal pagi tu tak adalah ramai sangat yang datang tapi bila jam hampir 9 pagi , penuh tempat ni.




Inilah kawasan pantai kepunyaan hotel ni. Memang bersih dan terjaga cuma untuk ke pantai As terpaksa menuruni anak tangga yang tinggi  untuk sampai kebawah.Bercinta betul.......Ombak pun taklah kuat memang sedap untuk mandi tapi As tak mandi pun malas nak tukar baju

Gambar yang diambil semasa nak pulang dah.......




Gambar diatas sewaktu As singgah makan dibandar Lumut.Memang banyak sungguh durian yang dijual disini.Apalagi kemaruklah nak makan durian.As satu famili semuanya makan durian so tak jadi lah masalah.Kebetulan sms beli tu durian ni baru saja dikeluarkan dari bonet van ni apalagirambang mata lah jawabnya.Siap bawa balik lagi habis busuk satu kereta tapi sbb makan punya pasal tak kiralah...






Ini pula tempat persinggahan ke 2 As iaitu ditepi sawah.Tempat ni dipilih oleh Along yang sibuk nak ambil gambar pemandangan ditepi sawah al-ala 'NUR KASIH'.Memang cantik pemandangan kat sini tenang  dan mendamaikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...