Sunday, December 2, 2012

Kek Gula Hangus Yang Sangat Sedap

As salam.Memang penat sungguh bila nak bangun pagi hari ni, habis sakit2 semua badan 2 ni.Di luar pun cuaca sangat sejuk apalagi tarik selimut tebal sampai kepala la jawapnya.Memang semalam penat sangat sbb As menemani anak-anak yang ada perlawanan bola diantara PNSB FC Vs INDONESIA FC kid .Kalau dengar mmg rasa tak percaya tapi ia dalah kenyataan.Perlawanan persahabatan semalam adalah sebagai pengalaman mereka belajar sambil bermain.

Player kids dari Indonesia yang datang semalam sangat cekap dan well trained oleh coach mereka tapi PNSB player juga tidak kurang hebatnya.Bagi bawah 12 tahun PNSB telah kalah 5-3 kepada Indonesia,bawah 14 tahun kita menang 1-0.Yang lain As tak ingat.....

Memang penat kalau nak ditunggu sampai petang la jawabnya,habis saja perlawanan anak-anak As ,As terus balik.

Hari ni apa yang nak As   kongsikan dengan bloger semua ialah kek yang As buat pada Jumaat lepas dan baru berkesempatan mengN3kannya.Resepi ni  As dapat dari kawan lama yang cukup senior mungkin tak lama lagi dia dah nak pencen dah kut....Resepinya mmg sedap dan sangat senang untuk dibuat.


Kek Gula Hangus
Resepinya:noordekitchen.blogspot.com

Bahan2nya;
10 biji telur-As pakai 8 biji gred A
2 cawan gula
2 cawan air
2 cawan tepung gandum(ayak bersama sodium bikarbonat)
2 sudu sodium bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
1/2 butter
1sudu teh essen ros-As guna essen  vanilla je


Cara2nya
1.Masak gula biar sampai kuning dan masukkan air dan biar gula senati dalam air
2.Dalam bekas lain ,kacau butter dengan susu hingga sebati
3.Masukkan telur sebiji-biji dan kacau sebati-guna whisk lagi senang
4.Masukkan essen ros 
5.masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga habis dan sebati
6.Akhir sekali masukkan air gula perlahan sehingga sebati
7.Bakar-oven mesti panas sebelum adunan dimasukkan.




Selamat mencuba!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...