Thursday, December 6, 2012

Sambal Ikanbilis turun temurun arwah ibu

As salam semua.Ibuku adalah seorang penjual nasilemak dan kuihmuih semasa kami tinggal di Batu 3 Kem,Mentakab Pahang .As tinggal disana selama 11 tahun sebelum berpindah ke Perak.Abah adalah seorang askar berpangkat kopral semasa bekerja .Mak adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa.

Semasa dulu kami tinggal dikuartes askar.Mak akan bangun pagi seawal 3 pagi bagi menyediakan nasi lemak dan kuihmuih untuk dijual.Sementara Abangku akan menaiki basikal membawa nasi lemak untuk dijual di berek2 askar.Sementara aku pula akan membantu tugas2 didapur setiap pagi.Jualan mak memang laris.Mak memang mementing kualiti dan sedap.

Tapi itu semua hanyalah tinggal kenangan kerana abah dan mak dah tiada lagi................

Nanti cite lagi..........Sambal tumis ikan bilis ni mmg sedap kerana ia dimasak sangat lama dengan menggunakan api yang kecil sahaja



Sambal ikan bilis

Resepi:noordekitchen

2 -3 cawan ikan bilis
2 cawan cili boh
7 biji bawang besar -dipotong membulat dan agak nipis
(sebenarnya lagi banyak bawang lagi sedap)
gula merah @gula pasir pun boleh
garam
1 kiub ayam
1 jug air-jangan takut pulak air bubuh banyak dalam masakan ni

Caranya
1.Panaskan minyak .Goreng ikan bilis sehingga kuning.Angkat
2.Gunakan minyak yang sama ,masukkan ciliboh atau cili yang dimesin sendiri ,masak sehingga benar-benar garing cilinya.
3.Masukkan ikan bilis dan bawang .Goreng dengan cili sehingga layu(10 minit)
4. Masukkan air dan masak dengan api yang kecil sehingga bawang tadi hancur dan seolah2 menjadi sambal dengan sebatinya
5.Selalunya kalau masak biasanya ambil masa 1-2 jam lamanya.
6.Masukkan garam jangan banyak sbb tadi dah guna minyak ikan bilis takut masin pulak
7.Masukkan gula dan kiub ayam.
8.Apabila dah agak pekat kacau sambil menekan-nekan dengan sudip bawang supaya hancur sebati.Bila minyak sedikit kelihatan dan pekat bolehlah angkat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...