Monday, October 8, 2012

KUIH LOMPANG


Inilah hasilnya setelah hampir 30 kali snap gambar yang sama itupun anakku Along yang bantu.Entahlah tak pandai 2 aku ni untuk cari post yang cantik ,mungkin aku hanya mahir untuk memasak saja kot.Tak ape aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memahirkan diri sebagai photographer ha.....ha.......Tak jadi photographer pun tak ape asalkan minat utama adalah memasak.Sebenarnya aku amat tertarik dengan blog SINI Azlita dari Johor gambar masakannya aduhai.......boleh luruh jantung ku.Tahniah kepada  Ita kerana berhasil menjadi photographer yang terbaik.

Berbalik kepada kisah kuih lompang yang diatas ni aku anbik resepinya dari blog SINI.Resepi dari kak Azie nimemang sedap 2 belaka .Dah banyak kali resepinya dicuba semuanya menjadi2.Kak Azie disini  As mohon resepi ini dipanjangkan kepada mereka yang belum mencuba ya...Mari kite layan resepinya

Resepi dari :Azie Kitchen
Bahan A

1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan  isi durian (opsyenal)
Sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

Acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-Cara :
Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan). Akhir sekali masukkan isi durian.

Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan acuan di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 

Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.






2 comments:

Azie said...

Dear, gambar your blog pun dah cantik. Kagum. Sama sama kita pertingkatkan ya

noor dekitchen said...

Chayooooooooooook!!!!!!sama-samalah kita saling bertukar-tukar idea dialam maya ini....ha..ha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...