Tuesday, October 2, 2012

BOLA...BOLA......

Pada hari Ahad bersamaan 31/9/2012 yang yang lalu ,aku telah melihat satu perlawanan bola di Stadium ,Shah Alam diantara Selangor dan Singapura  bagi Piala Sultan Selangor yang ke 11 bersama keluarga .Ini adalah kali kedua aku menonton perlawanan sebegini tapi kali pertama bagi anak-anakku.Mereka so "excited" al maklumlah tak pernah dibawa kesana.Perlawanan bermula kul 8.00 pm tapi aku dah ada disana sejak kul 6.00 pm kerana anak2ku bising takut tak dapat tempat duduk terutama Aiman yang terlalu obses tentang BOLA..........Bila tiba di  stadium orang telah ramai dan bersesak-sesak susah juga nak dapat tempat duduk.Kemeriahan terus terasa dengan sorak sorai penonton.

Inilah tiketnya aku dapat free aje......
Pembukaan perlawanan


Pertunjukan bunga api




Ini sewaktu pembukaan perlawanan.Nampak tak selangor 0  dan Singapura 0.Pada malam tersebut memang meriah kerana ada penyanyi Awie dan Ziana Zain.Hebat mereka2 ni. .........walaupun bawak lagu secara live tetepi suara tetap mantap habis. Cayalah sifulah katakan.Malam ini juga ada pertunjukan bunga api.Aku memang tak sangka sungguh ada persenbahan sebegini ingat kan biasa2 aje,tapi memang hebat. Seronok malam ni ,anak 2 amat seronok sbb tak pernah datang keperlawanan macam ni...esp anakku Aiman yang suka sangat pasal bola2 ni....

Sorry la ,gambar tak berapa lawa sbb tak pandai nak ambik gambarnya.
Amacam wajah 2 ceria kami.......
Pada perlawanan ini ,kemenangan berpihak kepada Selangor iaitu Selangor 3,Singapura 1.Amatlah berbaloi 2 datang hari ni dengan kemenangan ini .Kedua2 pasukan bermain dengan bersungguh2.Syabas kepada mereka .....Bagi SIngapura cuba lagi di tahun hadapan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...