Wednesday, October 10, 2012

Asam Pedas Daging


Assalamualaikum senua... apa khabar semua?Semuga semuanya aman dan dirahmati allah.......Amin.So hari ni apa yang nak dikongsikan ialah asam pedas daging yang dulunya aku tak suka tapi sejak akhir 2 ni entahlah sedap bebeno rasanyaaaa.Resepinya aku ambik kat blog Che Mat Gebu yang famous tu....Kalau tengok che mat present makanannya ya allah boleh menitik air liur ni.

Asam pedas daging ni aku masak pada malam minggu yang lalu tapi hari ini baru berkesempatan untuk upload atas kesibukan masa .Minggu ini Sabtu dan Ahad lagilah sibuk dengan dua hari terpaksa bekerja kerana adanya Karnival Jelajah Sihat di Sek 19 ,Shah Alam.Jadi orang2 Shah Alam bolehlah datang ya. Datanglah ya......Ramai2 turun bagi   memeriahkannya.



Bercerita tentang masakan ni ,asam pedas ni perlulah di masak pekat2 barulah power. Lepas tu bawangnya kenalah banyak barulah kaw.....Masa masak pada malam tu dagingnya agak liat mungkin sbb daging frozen yang digunakan ,walaupun dimasak satu setengah jam masih lagi tak lembut ..Tapi esoknya pula dimasak lagi barulah lembut dan sedap sbb masamnya dah terasa. So layan resepinya......

Sumber dari: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati @ 600 gram daging, hiris cuci dan toskan (kalau nak cepat guna daging batang pinang)
2 batang serai, dititik (di mesin aje malas....)
3/4 camca besar pes asam jawa 
2 senduk nasi cili kisar (As guna 1 senduk aje)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut ( As tak guna pun )
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (Tak masukan sbb tak ade)
1/2 inci kunyit hidup
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 camca teh lada hitam
* Tambahan As masukkan daun limau purut ,daun kesom dan bunga kantan barulah kaww...*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak sekejap. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan daun kesom, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...