As salam semua .apa khabar ?Semuga semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan.Amin........ Semalam amat-amat letih kerana As ada kursus bersama guru2 selama 2 hari di tempat kerja .Amat letih kerana jadi urusetia yang amat setia.Dari mula hingga lengkapnya kursus barulah lapang rasa dada ni bila dah habis.
As tak nak cakap panjang2 sebab mata ni rasa tak boleh nak bukak lagi .Ngantok....... Kuih ni As buat sms hari jadi anak As minggu lepas sebagai dessert nya.Kuih ni sangat senang dan ringkas dan tak payah dikukus atau dibakar hanya memerlukan tenaga sedikit untuk kacau hingga pekat.Resepinya As layan di blogSINI.Blog Yati ni macam2 ada.... Yati izinkan As kongsi resepinya disini.
Tepung jagung yang masih cair |
Setelah pekat dan sengkuang cina telah dimasukkan |
Bekas yang berisi dengan tepung jagung yang telah pekat * Minta maaf sbb sempat snap yang jijau aje yang putih lain kali ya.............. |
Resepi Asal: Sinar Kehidupan
Lapisan Bawah :-
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- sedikit pewarna hijau
- 2 helai daun pandan-disimpul
- 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong kecil
- 4 1/2 cawan santan pekat
- 3/4 cawan tepung jagung
- 1/2 sudu kecil garam
- Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 15 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
- Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
- Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan hijau hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
- Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 15 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
- Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
- Simpan tako pandan di dalam peti ais untuk didinginkan.
No comments:
Post a Comment