Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Masak lemak Nenas Ngan Udang


As salam semua.Hari ini aku cuti.......merehatkan minda dan badan.Tapi bukannya cuti kerja rumah ......kerja rumah ttp berjalan seperti biasa.Dah lama As tak makan masak lemak nenas teringin nya dari minggu lepas  nak masak tapi tak dapat....yang ada nenas yang muda .Kalau masak lemak ni perlukan nenas yang sedikit sahaja masaknya kerana biarlah rasa manis sedikit kuah barulah ummph.......So cari punya cari sampai ke kampung lain  barulah dapat nenas yang dikehendaki.

Cadangnya nak masak lemak dengan ikan masin tapi ikan masin yang ada hanyalah untuk digoreng sahaja ,ngan udang pun sedap tak terkata.Tapi kalau dapat ikan masin boleh sedut2 tulang nya.he.....he......

ResepiNya: noordekitchen.blogspot .com.my

Bahan
Nenas-dipotong ikut suka
Santan -1 paket kecil RM 2.00(biasanya disini)
6 biji cili api  -ditumbuk
4 biji bawang kecil -ditumbuk
serbuk kunyit - As guna kunyit hidup
Garam dan gula - secukup rasa
10 ekor udang

Cara2nya:
1.Masukkan nenes dalam periuk 
2.Masukkan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk
3.Letakkan diatas api sambil dikacau perlahan bila menggelegak masukkan udang.Kacau lagi sehingga masak.

* As ni kalau masak main campak 2 aje tak berapa reti nak pakai sukatan .Tapi kalu kek atau biskut As ikut sukatan.


Kalau pakai kunyit hidup warna nya terang 




Selamat mecuba ya....















Thursday, April 28, 2011

Sambal Udang Lemak Petai


Dah lame aku tak update blog aku ni .asyik kebelakangan ni asyik sibuk memanjang dengan kerja dan persediaan untuk pindah rumah .Untuk pengetahuan semua blogger ,aku akan berpindah ........bukan pindah blog.....pindah rumah sewa balakang rumah sementara rumah aku siap kerana nak buat renovation rumah.Jadi sebulan dua ni blog aku ni nampaknye tak berupdatelah ya .harap teman bloger yang lain jangan lupe ye.. ,Renovation yang aku nak buat bukan nye besar hanya depan dan belakang aje.

Masakan yang aku nak kongsi hari ni ialah masakan biase aje tapi arwah mak aku mmg masak sambal bubuh yang ni .So kita layan resepinye.......

Bahan:

Udang sederhana
Minyak masak secukupnya
Bawang besar, dihiris cantek-cantek
gula dan garam secukup rasa
Semangkuk santan(yang spesial)

Bahan kisar:

5 biji bawang kecil
4 biji bawang puteh
belacan 2 sudu atau secukupnya(tak letak)
4 sudu cili giling
1 papan petai

Cara memasak:

Kisar semua bahan kisar tadi.
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Api sederhana ok.
Masukkan sekali hirisan bawang besar. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Bila bawang dah nampak layu sedikit masukkan udang kedalam kuali. Kacau-kacau udang dalam kuali.Masukkan petai.
Kacau sehingga kuah pekat dan pecah minyak, sambal udang anda telah siap.

Wednesday, March 9, 2011

1 st time butterprawn

Hari ni first time buat butterprawn yang dari dulu teringin nak wat sendiri.Alhamdulillah jadi cuma flossnya agak berminyak dan tak kering seperti dikedai .Tapi anak2ku cakap ok aje ,habis sepinggan.Lainkali buat lagi karna tak puashati sbb flossnye tak panjang dan kering.Nanti cube lagi......Ikutilah resepinye ..



Resepi asal:jom masak ,jom makan

Bahan-bahannya:
1/2 kg udang .
2 tangkai daun kari
3 tbsp butter+2 cawan minyak masak untuk goreng udang.
1/2 tbsp butter+ 3 tbsp air untuk tumis rencahnya.
2 tbsp butter+1/2 cawan minyak masak untuk goreng telur kuning-egg floss
6 biji cili api-potong kecil.
4 biji kuning telur.-pukul sikit dgn garfu
3- 4 tbsp susu cair.
1 tbsp gula.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:
Panaskan 2 tbsp butter&1/2 cawan minyak masak.Masukkan telur kuning dan kacau hingga garing atau telur bertukar menjadi perang.Toskan minyaknya.Ketepikan.(jgn berhenti kacau semasa menggoreng )
Kemudian panaskan 3 tbsp butter&2 cawan minyak.Goreng udang hingga perang.Angkat dan letakkan atas tissu dapur agar minyaknya kering.
Guna kuali yang bersih. Panaskan 1/2 tbsp butter dan 3 tbsp air.Masukkan cili api dan daun kari.Kemudian masukkan 3-4 tbsp susu cair.Kacau rata.Biarkan mendidi sekejap.
Kemudian masukkan gula dan garam.Last sekali masukkan udang goreng .kacau hingga sekata baru masukkan egg floss.Siap untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...