Thursday, November 8, 2012

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Hmmmmmmmm..........selera tak ?

Hari ni As balik awal separuh hari aje bekerja .........letih bukannya ape minggu ni sibuk sikit kalau tak sibuk pun menyibuk kan diri..........he..he...Lagi penat sangat balik   tengok rumah bersepah tapi apakan daya selepas hantar anak sembahyang Jumaat bergegas pulang untuk updatekan blog ni pulak .Sebab kalau dah malam mata tak tahan nak buka.

Resepi yang nak dikongsikan adalah daging masak kicap  ladahitam.Daging ni sangat lembut sbb direbus dulu sebelum dimasak, tapi airnya jangan sampai kering pulak sbb air daging tu menyedapkan lagi rasanya.

Resepi Asal: noordekitchen.blogspot.com

 1 kilo daging-direbus empok
 1 senduk cili mesen
 2 sudu lada hitam
 bawang merah-mesin
 bawang putih-mesin
 halia-mesin
 1 sudu kicap pekat
 2 sudu kicap biasa
 garam
 gula
 Bahan penumis-tiga sekawan

Hiasan:
Bawang besar
Cili merah

Cara-caranya
1.Panaskan minyak.masukkan bahan penumis
2.Masukkan bahan  yang dimesin.goreng wangi.
3.Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak
4.masukkan kicap dan air rebusan sedikit dan seterusnya daging.Masukkan bahan perasa.
5.Bila agak pekat masukkan bahan hiasan dan angkat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...