Friday, November 16, 2012

Sup Tulang yang Sedap



As salam semua.Hari ni satu hari lagi dah nak bercuti lagi tapi  aku terpaksa keje pulak .Malas nak sambung sbb masa rehat hari Jumaat panjang.Malas la nak cuti..........So semalam aku masak yang dah lama aku tak masak iaitu sup tulang .Bila jalan -jalan di blog kak Azie tu teringin pulak la nak makan nampak berselera  aje .So menu semalam masaklah sup tulang satu periuk besar dan makan sampai kenyang.Ambik............

Tulang daging ni pulak dicicah pulak dengan kicap yang dicampur dengan cili dan bawang huh........terangkat.

Resepi asal :noordekitchen.blogspot.com

Sup Tulang
Bahan2nya:
1 kilo tulang
1 paket sup bunjut adabi (untuk tulang)
5 ulas bawang kecil-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
7 biji cili padi(di tumbuk sedikit)
Halia mengikut keperluan -diketuk
garam
gula
lada hitam (mengikut rasa)
Ubi kentang

Hiasan
Bawang goreng
daun sup dan daun bawang
daun saderi bawang besar

Cara -cara
1.Panaskan minyak -jangan banyak sangat
2.Masukkan sup bunjut-biar sampai wangi
3.Masukkan bahan yang dimesin dan halia-biar kekuningan
4.Masukkan tulang dan air secukupnya-jangan masukkan air banyak sangat nanti kuahnya cair
5.Masak sehingga empuk-As tak ade pressure cooker ,jadi masak 1 1/2 jam sampai daging nya betul2 lembut.
6.Bila agak masak masukkan ubi kentang dan cili padi dan bahan perasa yang lain
7.Dah masak masukkan daun sup dan bawang goreng ..Hidang kan.



Sambal Kicap penambah selera.............
Sambal Kicap

Bawang  besar
Kicap masin dan manis
culi padi
Perahan limau nipis
*Gaul semua dan tekan sedikit cili padi semasa menggaul rata
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...