Wednesday, November 14, 2012

Marble Kek Yang Sedap dan Lembut


Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam.Semoga pada tahun baru ini ,segala urusan kita dipermudahkan oleh tuhan Amin...........Hari ini kita bercuti sempena Maal Hijrah.Pagi tadi disini hujan lebat turun masa tu As dah bangun dan mandi kalau ada kat katil apalagi terus tarik selimut peluk bantal la jawabnya .


Anak2 masih belum bangun sbb malam tadi dok syok tengok "Kuch kuch Ho Ta He", aku tv yang tengok As.Pagi ni hanya buat nasi goreng aje sbb nasi semalam banyak tak dimakan  sayang pulak kalu nak dibuang.

Hari ni apa nak dikongsi adalah kek marble yang sangat lembut .Resepinya As c&p dari blog kak Azie yang sangat rajin kedapur tu  SINI.Memang Kak Azie komen kek ni memang lembut dan amat sedap.Memang berbaloi-baloi mencubanya amat sedap dan gebuuuuu.



Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak *As guna coklat emulco

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega



*Lorekkan marble ni tak kena cara apa ni duk kat tengah je.....?He.......He.....





1 comment:

Azie said...

Aduh, sedapnya. Teringin pulak nak mengunyah kek kegemaran akak ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...