Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Kuih Tako Yang Senang


As salam semua .apa khabar ?Semuga semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan.Amin........ Semalam amat-amat letih kerana As ada kursus bersama  guru2 selama 2 hari di tempat kerja .Amat letih kerana jadi urusetia yang amat setia.Dari mula hingga lengkapnya kursus barulah lapang rasa dada ni bila dah habis.




Tepung jagung yang masih cair

Setelah pekat dan sengkuang cina telah dimasukkan

Bekas yang berisi dengan tepung jagung yang telah pekat

* Minta maaf sbb sempat snap  yang jijau aje yang putih lain kali ya..............


Kuih Tako

Resepi Asal: Sinar Kehidupan

Lapisan Bawah :-
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong kecil
Lapisan Atas
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 15 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan hijau hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 15 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  6. Simpan tako pandan di dalam peti ais untuk didinginkan.




Wednesday, October 31, 2012

Cendawan Goreng Kesukaan Along






As salam .Apa khabar semua ............harapan semoga hari ini indah dan berjalan lancar setiap apa yang dilakukan.Amin......... .Hari ini diluar hujan sahaja sejuk sampai ke tulang rasanya.As ni kalau sejuk2 begini habislah sakit2 semua dalam tubuh al maklumlah dah tua semua penyakit datang.Hari ni jalan pun " jamed"  semua slow bawak kereta ........berhati2 semasa memandu 

Hari ni apa yang nak dikongsikan adalah cendawan goreng spesial N3 terbaik blog As ni ........sbb Along yang masak iaitu anak perempuanku  yang sulung .Sejak akhir2 ni rajin mencuba resepi mungkin ikut ibunya kut.......he .....he.Resepi ni simple sahaja semua mungkin dah tahu tapi saje je nak share dengan blogger2 ni.

Resepi :noordekitchen.blogspot.com
Bahan2nya

1 paket cendawan
Tepung goreng ayam-jenama tak kisah
2 biji Telur-dipukul sedikit
minyak untuk menggoreng
Sos pencicah

Cara2 nya
1.Cerai2kan cendawan sekira terlalu besar. Cuci dan tos kan
2.Panaskan minyak
3.Letakkan tepung goreng ayam didalam pinggan dan telur yang telah dipukul sedikit tadi.
4.Setelah minyak panas celupkan cendawan didalam telur dahulu kemudian kedalam tepung dan masukkan kedalam minyak yang telah panas
6.Goreng sehingga bewarna kuning.


*Cendawan perlulah dimasukkan kedalam telur dn tepung apabila sahaja hendak menggoreng kerana kalau dibuat dahulu  hasilnya tidak cantik .....


Fresh cendawan dari ladang ......Taklah dari pasaraya aje

Tepung goreng ayam yang ini tak masin.........
Hasil gorengan Fresh dari dalam kualli

Hasil nya...................


Inilah tukang masak yang baru tu .............Along


























Sunday, October 21, 2012

AKOK UNTUK KEMENANGAN KELATE

Salam semua,sini nak cite tentang kemenangan Kelantan semalam .Seronoknya kelate menang . Dirumah ni semuanya menyokong Kelantan kecuali anakku yang Aiman menyokong ATM.Tension juga lah dia , pulak tu kalah .......dia siap nangis lagi kerana kekalahan ATM.Biasalah cewek sikit maklumlah kecik sekali.Tapi setiap perlawanan mestilah ada kalah dan menang kalau tak taklah namanya perlawanan kan .Untuk ATM cuba lagi ditahun hadapan.

Petang semalam sempat juga aku cuba buat akok ni kononya untuk makan-makan semasa menonton bola.Tapi tak sempat bola dah habis licin .Famili kata sedap sangat kuih ni .Resepinya ambik kat blog SINI .Kak Azie ni mmg teror buat kuih-kuih  Kelantan ni....... sedap pulak tu dan resepinya  pulak mmg original.Angah sangat sukakan  kuih ni tak tahu lah kenapa sedap sangat katanya. Kalau di Pasar Karat  Sek 13 mmg aku akan beli RM 10 setiap minggu.Disana ada menjual akok ni sedaplah jugak bolehlah.Tapi yang ini lagi sedap.

Masa aku mengenali kuih ni mmg aku tak suka sebab dahlah nampak tak lawa kerana rupanya tu. Tapi bila dah makan ya ampun sedap giler.........Jadi sesiapa yang sukakan rasanya boleh cuba.
Layan resepinya.

Sunber asal :Azie Kitchen
Kuih Akok

Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur 
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus 


Cara cara:Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 

    rupanya air gula yang telah dimasak

    masa kat dalam oven ya ampun naiknya bila dah keluar kecut


    Monday, October 8, 2012

    KUIH LOMPANG


    Inilah hasilnya setelah hampir 30 kali snap gambar yang sama itupun anakku Along yang bantu.Entahlah tak pandai 2 aku ni untuk cari post yang cantik ,mungkin aku hanya mahir untuk memasak saja kot.Tak ape aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memahirkan diri sebagai photographer ha.....ha.......Tak jadi photographer pun tak ape asalkan minat utama adalah memasak.Sebenarnya aku amat tertarik dengan blog SINI Azlita dari Johor gambar masakannya aduhai.......boleh luruh jantung ku.Tahniah kepada  Ita kerana berhasil menjadi photographer yang terbaik.

    Berbalik kepada kisah kuih lompang yang diatas ni aku anbik resepinya dari blog SINI.Resepi dari kak Azie nimemang sedap 2 belaka .Dah banyak kali resepinya dicuba semuanya menjadi2.Kak Azie disini  As mohon resepi ini dipanjangkan kepada mereka yang belum mencuba ya...Mari kite layan resepinya

    Resepi dari :Azie Kitchen
    Bahan A

    1/2 cawan gula pasir
    1 cawan gula merah
    1 1/2 cawan air
    3 helai daun pandan

    Bahan B
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung ubi
    1/2 cawan tepung beras
    1/2 cawan  isi durian (opsyenal)
    Sedikit garam
    3 sudu besar air kapur
    3 cawan air

    Acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
    Kelapa parut + garam

    Cara-Cara :
    Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

    Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

    Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan). Akhir sekali masukkan isi durian.

    Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

    Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan acuan di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 

    Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.






    Sunday, April 24, 2011

    Pisang Goreng Dipetang Hari


    Pisang goreng !!!!! Pisang goreng !!!!!!!! Eh ........ Macam nak berjual pulak .Hari ni tak kemane duk atas katil aje membute aje selepas makan tgahri tadi .Selain apam sari ayu aku juge buat goreng pisang petang ni.Sesekali goreng pisang sedap juge kalau cicah dengan sambalkicap lagi power kan .As tak buat pun ,Itupun habis licin .Kat luar tu hujan apelagi tak boleh nak kemane2 tu aje yang menariknye....

    Tak tahulah nak bagi resepi ke tak sbb gereng pisang ni biase aje tapi yang extra As bubuh dalam resepinye ialah kelape parut dalamnye dan sedikit air kapur yang lain macam biase aje. Kalau sesiape nak cube boleh .Yang lain 2 tu campak2 aje ok.Kalu dah cube nanti komen ye.....

    Apam Sari Ayu

    Hari ni kat luar tu hujan mencurah-curah disini.Perut terasa berkeroncong seakan2 memanggil untuk aku menyediakan judah petang ni.tengahari tadi ade jalan2 keblog After6am nampak apam sariayunye yang menggiurkan .Nampak sedap aje .....

    Kak izinkan As cnp dalam blog ni ye.....Sebenarnye dah lame nak buat tapi hari ni baru berkesempatan membuatnye.Sebenarnye semua stok ade cume kadang2 rajin dan kadang2 tu malas.Biaselah kalau cuti2 tu banyak kerja rumah yang tersadai menunggu hujung minggu baru nak disettlekan......Itulah lumrah orang perempuan ye kan....


    Apam Sari ayu
    Bahan-bahan :-
    (A)
    1 biji kelapa parut (putih)
    1 sb tepung ubi
    sedikit garam
    acuan
    minyak
    (B)
    250 gm tepung gandum
    1 st baking powder
    280 gm gula -As pakai 250gm je
    4 biji telur (sejuk)
    1 sb ovallate
    250 ml pati santan ( As guna santan 200ml + 50ml susu segar)
    pandan paste (ikutla nak hijau mcmana)

    cara-cara:
    Sapu acuan dgn sedikit minyak. Kelapa digaul dgn tepung ubi dan sedikit garam.
    kemudian ambil sedikit kelapa tadi dan tekan2 kedlm acuan.
    Ayak tepung gandum+ baking powder. ketepikan.
    Pukul telur + gula + ovallate hingga betul2 kembang.
    Perlahankan mixer masukkan tepung selang seli dgn pati santan.gaul hingga semua sebati dan masukkan pandan paste.
    Panaskan periuk pengukus dan masukkan acuan yg telah diletak kelapa. kukus 5-10 minit.( utk mengelakkan kelapa cepat basi)
    Selepas itu tuangkan adunan tepung ke dlm acuan. kukus lagi selama 15 minit. (Tutup penutup dgn kain utk mengelakkan air jatuh ke atas kuih)
    Hidang panas2, sesuai utk b'fast @ minum ptg

    Cubalah ye....memang sedap anak2 As pun suka,mereka komen memang sedap.

    Wednesday, March 9, 2011

    Cekodok Nasi

    Tak sangka hari ni aku rajin betul ,perasan.......Macam2 dimasak hari ni kerana hari ni aku balik kerja cepat jadi berbagailah dimasak ha..ha.Dekat luar dengar hujan lebat sangat , perut pulak berkeroncong apalagi aku buat cekodok nasi.Tak sangka resepi ni memang sedap lembut dan rasa manis2 sikit walaupun tak bubuh gula.Selalunye asyik buat cekodok tepung aje ,jadi hari ni cube resepi baru


    Resepi asal:Mat Gebu
    Bahan-bahan
    2 cawan tepung gandum -(buat 1 cwn sahaja)
    2 cawan nasi(1 cwn sahaja)
    2 cawan air ais(1 cwn air suam)
    1 biji telur
    ikan bilis-diblend
    daun sup/daun bawang-ikut suka
    1 biji bawang besar di hiris halus-pilihan-
    garam dan minyak secukup
    Cara-caranya

    1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.
    2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.
    3. Perap sebentar adunan....selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok...
    4. Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sambal, kari ataupun masak lemak cili api.


    Jadi cubelah nanti ye....

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...