Inilah masakan yang dibuat selepas balik dari kerja semalam.As ambik resepinya dari blog kak Yatie dan mohon As C&P untuk disharekan dengan blogger yang lain.Ini adalah cubaan kali kedua As buat puff ni mmg masakan senang,simple dan cepat sbb ia menggunakan pastri yang dah siap diadun hanya tinggal bubuh intinya sahaja.Rasa nya pula seperti kita beli dikedai2 kek tau .So bila dah pandai tak payah beli buat aje,lagi pun jimat.
Masa mula-mula buat dulu takut sangat tak jadi sbb betul ke nanti akan naik bersarang seperti yang kita beli dikedai tu .Tapi bila dah buat mmg jadi.......Puff Pastry ni jenama kawan ni mmg banyak dijual dipasaraya2.As beli di Econsave aje dekat rumah As.Bagi mereka yang suka makannya boleh la cuba buat ya.........
C&P : yatiememories.blogspot.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
- 1 tin kecil sardine
- 2 ketul kentang * As tambah
- 1/2 biji bawang besar, didadu
- 1 ulas bawang putih, dicincang
- 1/2 cm halia, dicincang
- 2 biji cili padi, hiris halus
- 1 camca besar kicap cair
- 1 biji limau kasturi, perah jusnya
- 1/2 cawan mix vege
- 1 kuning telur, untuk disapu
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
- Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
- Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi-saya belah 2 je. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
No comments:
Post a Comment