Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, October 19, 2012

GULAI IKAN GANU


Salam alam maya .lamanya rasa tak ber N3........ Sibuk betul 2 minggu ni  kerana  kesibukan bekerja .Penat rasanya tak tahu nak cite , hampir 2 minggu bekerja tanpa rehat di hujung minggu.OT.........tu kencanglah seminggu lagi.Tapiiiiiiiiii........     rumah macam tongkang pecah kerana nakhodanya asyik bekerja dan anak-anak pula  kesian  tak berapa cukup makan.Kalau tak merekalah  yang paling seronok kerana ada extra makanan yang boleh dimakan serta ibu mereka ade dirumah.

Hari ini apa yang ingin dikongsikan adalah gulai ikan ganu yang menjadi kesukaan my hubby kerana ia berasal dari Terengganu kite.Gulai ini menggunakan rempah yang dibeli dari Terengganu,rupanya seperti rempah kari tapi bila rasanya  ada sedikit kelainan.Kalau dirumah ni memang sentiasa ada stok rempahnya kerana famili amat menyukainya almaklumlah dah hubby darah daging orang sana .

Kalau balik kesana mesti aku akan membelinya berbagai rempah macam2 ade di Pasar Payang tu .Rempah ini pula ada banyak kedai  yang menjualnya tapi kena pandai cari yang sedap.Tapi As mmg beli kat satu kedai ni dibahagian bawah pasar dan boleh tahan rasanya.Nanti N3 yang lain As akan tunjukkan kedainya kerana belum lagi berpeluang balik kesana.Mari kita lihat resepinya ,As masak lebih kurang makan untuk sekeluarga.

Resepi :Noordekitchen.blogspot.com

Bahan2:

1 ekor ikan aye/tongkol-sederhana besar dipotong kecil dan dikukus
5 ulas bawang kecil   -dimesin
2 ulas bawang putih  -dimesin
sedikit lengkuas    -dimesin
sedikit halia     -dimesin
2 sudu besar cili mesin
3 sudu rempah gulai ikan
2 sudu kerisik 
1/2 keping gula nisan(gula kabung la tu....)
santan -mengikut kepekatan masing2 .As guna santan RM 2
garan secukup rasa
sedikit kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,cengkih(4 sekawan)

Caranya:
1. Campurkan semua bahan yang dimesin dalam bekas ,masukkan rempah dan cili mesin
2.Panaskan minyak ,tumiskan hirisan bwg merah dan putih hingga naik bau.
3.Masukkkan bahan mesin dan masak sehingga naik bau
4.Masukkan santan dan ikan beserta kerisik dan gula nisan
5.Masak sehingga agak pecah minyak.

Monday, April 18, 2011

Ikan Masak Jintan


2 keping ikan
1 sudu jintan manis-di tumbuk
2 ketul buah keras-ditumbuk
4 ulas bawang meran -dimesin
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
2 sudu pes cili
1sdb kicap pekat
3 sdb kicap cair
1 biji bawang besar -hirisan bulat
2 biji cili masak

Carenye:
1.

Saturday, April 16, 2011

Ikam Siakap Masam Manis

Hari ni malas sgt nak masak tengahari sbb my hubby dan anak lelaki aku semua dah pegi pertandingan memancing anjuran tempat kerje my hubby.Gambar tak dpt tunjuk sbb lupe nak bawak kamera sayangnye tak dapat nak tunjukkan saat2 anak lelaki aku yang kecik sekali jorannye ditarik ikan.Seronok sangat die.....

Ikan siakap beratnye 900gm.Pertandingan ni family aku dapat memenangi kategori "Ikan Terpantas" dalam 1 minit mula memancing.Hadiahnye RM 50. Ikan yang dibawak balik telah siap disiang .Bayaran untuk menyiang ikan ni RM 1 bagi seekor balik tinggal masuk kuali aje.

Masakan yang dimasak ni adalah makan petang sbb diorang yang balik memancing ni balik terus tidur sampai kepetang konon letih katenye tapi ikan yang bawak balik dapat sekor aje.Anyway alhamdulillah rezekinye.....

Resepi ni dah diderhakakan dari resepi asalnye .So kite layan resepinye:

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-dibersihkan dengan limau kasturi dan juge tpg gandum.Lepas tu toskan..
sedikit kunyit serbuk
1 sudu makan tepung gandum(taburkan aje kat badan ikan)
minyak yang banyak


Inilah ikannye...yang fresh lupe nak snap tadi

Bahan Kuah masam manis
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
8 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air nanas dalam tin
8-10 ulas nanas dalam tin (potong kecil)
1/2 sudu kecil sos ikan (optional)
1 biji bawang besar-hiris bulat
2 biji cili merah-potong memanjang sbg hiasan
sedikit daun ketumbar

Cara-cara
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan lepas tepung jagung.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng cara deep fry. Balik-balikkan setelah keperangan dan toskan.

Untuk Kuah masam manis
1. Mesin bawang putih dan merah .
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan air nanas bersama sos tomato, sos cili, sos ikan dan nanas dalam tin.
4. Biarkan menggelegak baru masukkan bawang dan lada marah.
5. Masukkan garam dan gula sedikit dan rasa dulu cukup masam dan manis baru tutup api.
6. Masukkan daun ketumbar dan tuang ke atas ikan.
7. Sedap di makan panas-panas.

Thursday, April 14, 2011

Ikan Masak Jintan


2 keping ikan
1 sudu jintan manis-di tumbuk
2 ketul buah keras-ditumbuk
4 ulas bawang meran -dimesin
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
2 sudu pes cili
1sdb kicap pekat
3 sdb kicap cair
1 biji bawang besar -hirisan bulat
2 biji cili masak
10 biji lada hitam

Carenye:
1.Panaskan minyak .Masukkan bawang ,halia yang telah dimesin sampai wangi
2.Masukkan jintan dan buah keras yang telah ditumbuk.
3.Masukkan pes cili sampai pecah minyak.
4.Masukkan kicap dan lada hitam dan perasa serta bawang dan cili hiasan.
5.Bubuh H2o sedikit kacau pekat dan angkat,
6.Hidang kan

Friday, April 1, 2011

Assam pedas Berempah


Malam ni ubah selera sikit memasak .Entah kenape teringin betul rase nak makan yang masam-masam,bukan mengandung tau saje aje....Assam pedas ni lain dari yang lain sbb aku dapat dari seoarang akak ni yang sekarang ni dah pun pencen .Dia ni orang melake.Memang sedap .......Assam pedas ni

Resepinye:
Sumber: sendiri

2 keping ikan -aku guna ikan jenahak
2 sudu pes cili
1 sdk jintan manis-di mesin
1 sdk jintan kasar-dimesin
1 sdk ketumbar-dimesin
2 biji buah keras-dimesin
2 batang serai -dimesin
10 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 hiris lengkuas
4 helai daun limau purut
4 tangkai daun kesum
beberapa hiris timun
4 batang bendi
2 biji tomato
segala perasa
1 keping assam keping
Air assam jawa

Caranye

1.Panaskan minyak ,tumiskan semua bahan yang dimesin sehingga naik bau.Kalau boleh biar sampai garing .
2.Masukan h20 ,assam keping dan air assam jawa.Jangan masukkan terlalu banyak h2o ,sbb kalau pekat assam pedas ni lagi menyelerakan.Biarkan mendidih dan masukkan ikan
3.Masukkan segala nye(lebihan spt daun kesum,limau purut,bendi dan tomato)
4. Masukan perasa.Dah siap .

Tuesday, March 15, 2011

Ikan Masak Stim

Malam ni aku buat masak stim pulak ikan.Kirakan sebulan ni asyik menu ikan je..la blog ni.Nanti pelbagai menu akan keluar tentang ikan .Ikan yang aku masak malam ni adalah ikan jemuduk.Memang isi ikan ni lembut dan sesuai untuk buat stim.


Sumber:sendiri
Bahan2nye
Semua barang di bawah dihiris halus
Halia mude
bawang kecil
Serai
5 biji Limau kasturi(ambil airnye saje)
3 biji buah plum
Sos ikan untuk kukusan
2 kiub ayam
Daun kesum
tomato(tak letak pun)
Karot
gula dan garam

Caranye
1. Panaskan kuali(aku gune kuali sbb tak muat)
2.Stimkan ikan hingga separuh masak(15 min)
3.Kemudian baru masukkan bahan ramuan yang telah siap tadi.Masak sekejap
4.Setelah masak.Taburkan daun sup diatasnye



Inilah barangan yang diperlukan boleh didapati mana2 kedai

Sunday, March 6, 2011

KARI IKAN KERAPU


Bahan2nya

Ikan kerapu
Bwg merah dan putih dan halia
2 cawan santan
1 paket rempah ikan babas
2 sudu cili serbuk (untuk pedas dan merahkan kuah)
sedikit halba campur
3 bendi
2 biji tomato
Garam dan sedikit gula

Cara-2nya
1.Masukkan rempah babas bersama dengan cili serbuk jadikan pes.
2.Panaskan minyak,masukkan halba cmpur dan daun kari
3.Masukkan bawang merah ,putih dan halia-goreng sampai wangi
4.Masukkan pes rempah babas,goreng sampai wangi
5.Masukkan santan sampai menggelegak masukkan ikan dan perasa
6.Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
7.Hidangkan.




Hari penat sungguh maklumlah hari cuti macam 2 yang patut dibereskan selama seminggu.Pagi ni aku bangun seawal jam 4:30 pagi ke pasar borong Klang bersama my hubby.Macam nak berniaga makanan la pulak tapi sebenarnya beli barang basah untuk seminggu.Balik dari pasar jenuh lah pulak menyiang ikan dan membersihkannya pulak.Jadi nanti bila balik kerja senanglah keje2 memasak ,barang nya dah bersih semua.Hari ni aku masak kari ikan kerapu yang paling disukai oleh aku kerna isinya yang lembut.Memang sedap kalau dimakan dgn nasi panas ....panas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...