Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Ayam Grilled Rosemary Kesukaan My Hubby

Selamat petang .Imi adalah rosemary chicken grilled yamg memang menjadi makanan kesukaan dirumah terutama my hubby. My hubby ni kalau pasal meratah-ratah ni memang dia suka.Kalau dirumah As kalau buat ayam begini tiadalah nasi hanya ayam ni saja ala-ala barbecue sbb kalau ada makanan lain nanti tak makan lah ayam .Membazir la pulak......

Ayam ni mmg sedap .........kalau biasanya kita lihat ayam pusing yang dijual ditepi jalan tu dengan kotor  dan lagi terdedah dengan habuk2 jalan mamang tak lalukan untuk dimakan .Jadi daripada beli macam tu baiklah buat sendiri murahdan puas bila memakannya.

Sebelum ni As tak pernah bakar ayam dengan daun rosemary ......kalau perap pun biasa2 aje tapi rasanya mmg sedap dan lain apabila guna daun rosemary ni jadi cubalah ya.....
.


Resapi asal:Tertunailah hasrat dihatiSINI

Bahan-bahannya

1 ekor ayam sederhana-potong 12-As potong 4 saja
1/2  biji lemon-ambil jus sahaja
3 sudu makan rosemary-As guna rosemary kering
3 ulas bawang putih-mesin
sedikit halia-mesin
3-4 sudu makan madu
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong hiris nipis
1 biji tomato - potong bulat
bawang, dipotong bulat
As guna kicap cair dan pekat
lada hitam
gula

Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak 

zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.

2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau 

perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi 

serap segala rempah.As perap 1 jam-mmg delicious....

3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.


4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
*Note:Yang merah tu As tambah sendiri.kalau nak bakar lebih baik ditutup dengan aluninium foil terlebih dahulu supaya tidak terlalu kering bila ianya masak.....



Tuesday, October 23, 2012

Ayam Masak Merah


Salam semua.Apa khabar hari ni ,semoga hari ni kita telah melakukan pekerjaan kita dengan baik.Insyaaalah.Hari ni banyak sungguh kerja sampai tak sedar hari dah petang .Biasalah bila dah hujung2 tahun semuanya nak dikemaskini supaya segala pencapaian tercapai dengan baik.

Beberapa hari  lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban.Kami sekeluarga hanya beraya disini aje sbb tak sempat nak balik jauhkan..........As tak membuat korban tahun ni ,kalau tahun hadapan dipanjangkan umur insyaallah.Semoga tahun hadapan dimurahkan rezeki oleh tuhan.Amin.......

Memang penat tapi apakan daya kerja rumah tetap diteruskan.Hari nak  kongsikan satu resepi yang telah As masak pada hujung minggu yang lalu untuk dimakan bersama Nasi tomato tapi tak sempat nak snap nasi tomatonya  dah habis, jadi yang sempatnya ayam masak merah sahaja itupun snap masa dalam kuali aje.

Ayam Masak Merah

Sumber:Noordekitchen.blogspot.com

Bahan2
1/2 kilo ayam -dipotong kecil
2 senduk cili mesin  -kalau nak banyak sambalnya boleh bubuh lebih
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
10 ulas bawang merah-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
1 labu bawang besar- dimesin
4 sekawan-agak2 jangan terlebih  sangat 
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
2 ulas bawang besar
2 biji cili merah 
sedikit daunsup dan daun bawang

Cara2nya
1.Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit dangoreng sehigga kekuningan dan angkat.
2.Panaskan minyak ,masukkan empat sekawan ,masukkan bahan  yang dimesin sehingga naik bau ataupun agak kekuningan 
2.Masukkan cili mesin kacau sehingga naik minyak.masukkan gula dan kacau lagi.Masukkan  semua sos iaitu tomato dan cili. 
3.Masukkan garam dan sedikit H20-masakan ini biasanya perlu terasa manisnya baru sedap.
4.Masukkan semua hiasan dan akhir sekali ayam.
5.Hidangkan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...