Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Nasi Goreng SOTONG My Feveret



As salam nasi goreng sotong ni mmg feveret As.Tak tahulah kenapa asalkan sotong tu .........memang membuka selera je.....Dulu2 masa kecik2 mak buat nasi goreng ikan bilis je campur belacan sedap jugak tapi sekarang ni pulaaaaaak....... sukakan sotong.

Tapi kalu Along dia mmg tak suka kerna dia allegik sikit kat seafood .Kesiankan...Nasi goreng ni aku buat malam tadi sbb dah lama tak buat nasi goreng.Nasi goreng dirumah ni mmg tak bubuh sayur,kalau bubuh sayur anakku yang kecik tu Aiman  nanti tak nak makan pulak.Jadi gonjeng jelah......Tetapi ttp rasanya sedap....


Resepi:noordekitchen
Bahannya
2 cawan nasi 
1 sudu cili 
1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk
1 cawan sotong 
bawang merah dan putih -mesin
2 sudu udang kering-ditumbuk
1 paket perencah nasi goreng
mix vege-tak bubuh pun
cili padi diketuk

Cara2nya
1.Panaskan minyak.Masukkan bawang dan goreng hinggga wangi dan masukkan cili.
2.Bila cili kelihatan kekuningan masukkan udang kering dan sotong.Goreng sampai airnya agak kering
3.Masukkan cili api dan lada hitam dan nasi serta perencah nasi goreng
4.Goreng rata  dan angkat


Friday, November 23, 2012

Nasi Ayam Ringkas


 As Salam.Apa khabar semua.Dah lama tak berN3 rindu la pulak.......Bila datang kemalasan ni mmg la macam ni tapi bila rajin ,rajin la pulak.Sebenarnya As baru balik cuti2 malaysia jadi letihnya tak habis lagi ni, N3 pegi kecuti cuti malaysia tu pun tak berkesempatan untuk masuk lagi. 

So hari ni nak tunjukkan apa yang dimasak hanya ringkas2 aje cuma Nasi Ayam aje.Memang sesekali kalau dah malas menu ini yang paling sesuai sekali lagi satu kalau ada tetamu yang datang ini adalah yang senang sekali kan.




Nasi Ayam Ringkas

A/1ekor ayam - belah 4 sahaja dan tanpa buang kulit


Caranya:

1.Bersihkan.Rebus ayam sehingga masak

2.Ketepikan dan ditoskan

3.Air rebusan ayam dijadiakn sup dan untuk memasak nasi nanti ya.


B/Bahan untuk sup

4 biji bawang merah -dimesin

3 ulas bawang putih - dimesin

sedikit halia

1 kiub ayam

1 sup bunjut

Air rebusan ayam yang secukupnya

garam


Caranya

1.Panaskan minyak .Masukkkan sup bunjut.Selepas itu masukkan bawang yang telah dimesin dan juga halia.

2.Bila wangi masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam dan sedikit garam.

3.Bila mengelegak masukkan daun sup dan bawang goreng



Air rebusan ayam  yang telah siap ditumis bersama dengan nasi
C/Bahan untuk nasi
2 cawan beras basmathi-rendam 30 minit dan toskan (beras biasa pun boleh)
3 cawan air rebusan ayammarjerin/minyak/mentegasedikit garam
1 biji bawang putih )di hiris halus
3 biji bawang kecil )
1 inci halia )
 3 helai daun pandan-di siat dan di ikat-untuk wangi
2 kiub ayam 

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang dan halia yang telah dihiris dengan margerin. .
3. Masukkan beras, daun pandan  dan air rebusan ayam dan kiub ayam  tadi. Masak macam nasi biasa.
4. Masukkan juga sedikit garam dan kacau sekali sekala
5. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau dengan menggunakan senduk kayu sacara perlahan2..baru nasi nampak lawa tak patah.


D/Bahan untuk perap ayam
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam dalam 30 minit
2. Goreng sekejap dan toskan dan bolehlah di hidangkan. 


Selepas dimesin kelihatan berbuih, tapi tak pe bila dah kita masukkan cili mesin dam masak sekejap nanti warnanya akan cantik
Sos cili yang telah siap di masak


E/Untuk Sos
1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. cili mesin
4. gula
5. cuka/jus limau

 Cara 
1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan cili mesin  dan gula dan cuka
3. Kalau rasa ni mestilah agak manis sedikit baru rasa sedap.Cili mesin berperanan memerahkan warna sos cili supaya nampak cantik.


F/Kuah kicap 
1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara 

Campurkan semua. Agak-agak kepada kepekatan yang di kehendaki.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...