Sunday, October 21, 2012

AKOK UNTUK KEMENANGAN KELATE

Salam semua,sini nak cite tentang kemenangan Kelantan semalam .Seronoknya kelate menang . Dirumah ni semuanya menyokong Kelantan kecuali anakku yang Aiman menyokong ATM.Tension juga lah dia , pulak tu kalah .......dia siap nangis lagi kerana kekalahan ATM.Biasalah cewek sikit maklumlah kecik sekali.Tapi setiap perlawanan mestilah ada kalah dan menang kalau tak taklah namanya perlawanan kan .Untuk ATM cuba lagi ditahun hadapan.

Petang semalam sempat juga aku cuba buat akok ni kononya untuk makan-makan semasa menonton bola.Tapi tak sempat bola dah habis licin .Famili kata sedap sangat kuih ni .Resepinya ambik kat blog SINI .Kak Azie ni mmg teror buat kuih-kuih  Kelantan ni....... sedap pulak tu dan resepinya  pulak mmg original.Angah sangat sukakan  kuih ni tak tahu lah kenapa sedap sangat katanya. Kalau di Pasar Karat  Sek 13 mmg aku akan beli RM 10 setiap minggu.Disana ada menjual akok ni sedaplah jugak bolehlah.Tapi yang ini lagi sedap.

Masa aku mengenali kuih ni mmg aku tak suka sebab dahlah nampak tak lawa kerana rupanya tu. Tapi bila dah makan ya ampun sedap giler.........Jadi sesiapa yang sukakan rasanya boleh cuba.
Layan resepinya.

Sunber asal :Azie Kitchen
Kuih Akok

Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur 
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus 


Cara cara:Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 

    rupanya air gula yang telah dimasak

    masa kat dalam oven ya ampun naiknya bila dah keluar kecut


    3 comments:

    Azie said...

    Dear, wah sedap nya Akok tu. kuih ni mmg my feveret, kalau balik kampung, mesti beli

    Unknown said...

    Tkasih kak Azie sudi datang.Akok mmg feveret kita jugak

    Unknown said...

    Tkasih kak Azie sudi datang.Akok mmg feveret kita jugak

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...