Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Sup Tulang yang Sedap



As salam semua.Hari ni satu hari lagi dah nak bercuti lagi tapi  aku terpaksa keje pulak .Malas nak sambung sbb masa rehat hari Jumaat panjang.Malas la nak cuti..........So semalam aku masak yang dah lama aku tak masak iaitu sup tulang .Bila jalan -jalan di blog kak Azie tu teringin pulak la nak makan nampak berselera  aje .So menu semalam masaklah sup tulang satu periuk besar dan makan sampai kenyang.Ambik............

Tulang daging ni pulak dicicah pulak dengan kicap yang dicampur dengan cili dan bawang huh........terangkat.

Resepi asal :noordekitchen.blogspot.com

Sup Tulang
Bahan2nya:
1 kilo tulang
1 paket sup bunjut adabi (untuk tulang)
5 ulas bawang kecil-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
7 biji cili padi(di tumbuk sedikit)
Halia mengikut keperluan -diketuk
garam
gula
lada hitam (mengikut rasa)
Ubi kentang

Hiasan
Bawang goreng
daun sup dan daun bawang
daun saderi bawang besar

Cara -cara
1.Panaskan minyak -jangan banyak sangat
2.Masukkan sup bunjut-biar sampai wangi
3.Masukkan bahan yang dimesin dan halia-biar kekuningan
4.Masukkan tulang dan air secukupnya-jangan masukkan air banyak sangat nanti kuahnya cair
5.Masak sehingga empuk-As tak ade pressure cooker ,jadi masak 1 1/2 jam sampai daging nya betul2 lembut.
6.Bila agak masak masukkan ubi kentang dan cili padi dan bahan perasa yang lain
7.Dah masak masukkan daun sup dan bawang goreng ..Hidang kan.



Sambal Kicap penambah selera.............
Sambal Kicap

Bawang  besar
Kicap masin dan manis
culi padi
Perahan limau nipis
*Gaul semua dan tekan sedikit cili padi semasa menggaul rata
.

Saturday, March 12, 2011

sup kentang dengan pucuk soon

Sebenarnye masak ni dari mingggu lepas lagi cuma tak berkesempatan nak masuk dalam blog .Resepi ambik dalam blog Mat Gebu jangan marah ye mat sbb blog mat ni.....sangat2 lah interesting dan hari2 saya akan tengok mat masak ape hari ni.Marilah datang keblog saye ni yang baru nak belajar ni ......Masak ni memang sedap kalu boring asyik masak bersantan sahaje cubalah resepi ni.....Lagipun bagus untuk kesihatan kite....



Sumber asal:Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
100 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cekek soo hoon, kerat dan rendam
3/4 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub pati ikan bilis 'MAGGI'
Garam secukup rasa (nak letak serbuk perasa pun ok)
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum. Tambah kentang (toskan) dan gaul rata, masak sekejap dan tuang air secukupnya. Biar mendidih dan kecikkan api, masak hingga kentang 1/2 empuk.
Tambah fucuk (toskan) dan masak lagi, masuk soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Kacau dan biar mendidih. Bila fucuk lembut dan kentang empuk, rasa dan jika ok, boleh matikan api.
Hidangkan dengan menabut hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Tabur lada hitam sebelum dihidangkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...