Friday, October 19, 2012

GULAI IKAN GANU


Salam alam maya .lamanya rasa tak ber N3........ Sibuk betul 2 minggu ni  kerana  kesibukan bekerja .Penat rasanya tak tahu nak cite , hampir 2 minggu bekerja tanpa rehat di hujung minggu.OT.........tu kencanglah seminggu lagi.Tapiiiiiiiiii........     rumah macam tongkang pecah kerana nakhodanya asyik bekerja dan anak-anak pula  kesian  tak berapa cukup makan.Kalau tak merekalah  yang paling seronok kerana ada extra makanan yang boleh dimakan serta ibu mereka ade dirumah.

Hari ini apa yang ingin dikongsikan adalah gulai ikan ganu yang menjadi kesukaan my hubby kerana ia berasal dari Terengganu kite.Gulai ini menggunakan rempah yang dibeli dari Terengganu,rupanya seperti rempah kari tapi bila rasanya  ada sedikit kelainan.Kalau dirumah ni memang sentiasa ada stok rempahnya kerana famili amat menyukainya almaklumlah dah hubby darah daging orang sana .

Kalau balik kesana mesti aku akan membelinya berbagai rempah macam2 ade di Pasar Payang tu .Rempah ini pula ada banyak kedai  yang menjualnya tapi kena pandai cari yang sedap.Tapi As mmg beli kat satu kedai ni dibahagian bawah pasar dan boleh tahan rasanya.Nanti N3 yang lain As akan tunjukkan kedainya kerana belum lagi berpeluang balik kesana.Mari kita lihat resepinya ,As masak lebih kurang makan untuk sekeluarga.

Resepi :Noordekitchen.blogspot.com

Bahan2:

1 ekor ikan aye/tongkol-sederhana besar dipotong kecil dan dikukus
5 ulas bawang kecil   -dimesin
2 ulas bawang putih  -dimesin
sedikit lengkuas    -dimesin
sedikit halia     -dimesin
2 sudu besar cili mesin
3 sudu rempah gulai ikan
2 sudu kerisik 
1/2 keping gula nisan(gula kabung la tu....)
santan -mengikut kepekatan masing2 .As guna santan RM 2
garan secukup rasa
sedikit kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,cengkih(4 sekawan)

Caranya:
1. Campurkan semua bahan yang dimesin dalam bekas ,masukkan rempah dan cili mesin
2.Panaskan minyak ,tumiskan hirisan bwg merah dan putih hingga naik bau.
3.Masukkkan bahan mesin dan masak sehingga naik bau
4.Masukkan santan dan ikan beserta kerisik dan gula nisan
5.Masak sehingga agak pecah minyak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...