Salam semua.Apa khabar hari ni ,semoga hari ni kita telah melakukan pekerjaan kita dengan baik.Insyaaalah.Hari ni banyak sungguh kerja sampai tak sedar hari dah petang .Biasalah bila dah hujung2 tahun semuanya nak dikemaskini supaya segala pencapaian tercapai dengan baik.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban.Kami sekeluarga hanya beraya disini aje sbb tak sempat nak balik jauhkan..........As tak membuat korban tahun ni ,kalau tahun hadapan dipanjangkan umur insyaallah.Semoga tahun hadapan dimurahkan rezeki oleh tuhan.Amin.......
Memang penat tapi apakan daya kerja rumah tetap diteruskan.Hari nak kongsikan satu resepi yang telah As masak pada hujung minggu yang lalu untuk dimakan bersama Nasi tomato tapi tak sempat nak snap nasi tomatonya dah habis, jadi yang sempatnya ayam masak merah sahaja itupun snap masa dalam kuali aje.
Ayam Masak Merah
Sumber:Noordekitchen.blogspot.com
Bahan2
1/2 kilo ayam -dipotong kecil
2 senduk cili mesin -kalau nak banyak sambalnya boleh bubuh lebih
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
10 ulas bawang merah-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
1 labu bawang besar- dimesin
4 sekawan-agak2 jangan terlebih sangat
garam dan gula secukup rasa
Hiasan
2 ulas bawang besar
2 biji cili merah
sedikit daunsup dan daun bawang
Cara2nya
1.Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit dangoreng sehigga kekuningan dan angkat.
2.Panaskan minyak ,masukkan empat sekawan ,masukkan bahan yang dimesin sehingga naik bau ataupun agak kekuningan
2.Masukkan cili mesin kacau sehingga naik minyak.masukkan gula dan kacau lagi.Masukkan semua sos iaitu tomato dan cili.
3.Masukkan garam dan sedikit H20-masakan ini biasanya perlu terasa manisnya baru sedap.
4.Masukkan semua hiasan dan akhir sekali ayam.
5.Hidangkan
2 comments:
Nampak cam sedap jer .
nampak cam pedas jer... meghoh nyer!!!
Post a Comment