Monday, December 3, 2012

Ayam Grilled Rosemary Kesukaan My Hubby

Selamat petang .Imi adalah rosemary chicken grilled yamg memang menjadi makanan kesukaan dirumah terutama my hubby. My hubby ni kalau pasal meratah-ratah ni memang dia suka.Kalau dirumah As kalau buat ayam begini tiadalah nasi hanya ayam ni saja ala-ala barbecue sbb kalau ada makanan lain nanti tak makan lah ayam .Membazir la pulak......

Ayam ni mmg sedap .........kalau biasanya kita lihat ayam pusing yang dijual ditepi jalan tu dengan kotor  dan lagi terdedah dengan habuk2 jalan mamang tak lalukan untuk dimakan .Jadi daripada beli macam tu baiklah buat sendiri murahdan puas bila memakannya.

Sebelum ni As tak pernah bakar ayam dengan daun rosemary ......kalau perap pun biasa2 aje tapi rasanya mmg sedap dan lain apabila guna daun rosemary ni jadi cubalah ya.....
.


Resapi asal:Tertunailah hasrat dihatiSINI

Bahan-bahannya

1 ekor ayam sederhana-potong 12-As potong 4 saja
1/2  biji lemon-ambil jus sahaja
3 sudu makan rosemary-As guna rosemary kering
3 ulas bawang putih-mesin
sedikit halia-mesin
3-4 sudu makan madu
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong hiris nipis
1 biji tomato - potong bulat
bawang, dipotong bulat
As guna kicap cair dan pekat
lada hitam
gula

Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak 

zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.

2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau 

perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi 

serap segala rempah.As perap 1 jam-mmg delicious....

3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.


4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
*Note:Yang merah tu As tambah sendiri.kalau nak bakar lebih baik ditutup dengan aluninium foil terlebih dahulu supaya tidak terlalu kering bila ianya masak.....



2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

english herbs ni memang sesuai utk bahan perapan & memang sedap hasilnya.. akak pun suka..

Unknown said...

itulah kak madiha,baru belajar buat.tkasih kerna sudi datang menjenguk disini.Datanglah selalu ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...