Tuesday, April 12, 2011

Puding koktel kentang


Hari ni rase boring sangat entah kenape jadi aku cube layan blog2 yang ade.Jadi terpandang resepi ni .Sebenarnye resepi ni aku ambik dari blog Yatie (Sinar Kehidupan) harap izinkan ambil dengan resepinye sekali .Nampak selera sangat puding yang dimasak .Puding ni mmg sedap dengan rase lemaknye tetapi agak lembut .Kalau perlu kurangkan sikit H2onye nanti.

Kerana terlalu lembut sampai keluar dari acuan pun terserpih-serpih jadi aku ambil keputusan jadikan sebagai puding koktel dengan puding kentang isinye.Jangan marah ye Yati aku"beger" sikit ya....

Resepi Puding Kentang

Sumber asal:Sinar kehidupan

10 g serbuk agar-agar
2 biji ubi kentang sederhana saiznya (kisar bersama 180 ml air)
200 g gula pasir
200 ml santan pekat(150 ml susu cair)
125 ml susu cair
500 ml air
3-4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega
3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu


Cara-cara :
Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.

Setelah siap aku masakkan 1 tin susu cair dan 1 tin kecil fruit koktel bersama 2 sdb gula pasir.Masak jangan sampai menggelegak dan angkat.Bila sejuk masukkan puding tadi .Memang lazat......Cube ye....

Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...